Pengaruh kepercayaan terhadap niat melakukan electronic Word of Mouth (eWOM) dan niat pembelian dalam kalangan pengguna S-dagang

Kepercayaan digariskan sebagai salah satu komponen penting bagi menjamin

kelangsungan transaksi atas talian oleh pelanggan. Kajian-kajian lepas berhubung

pengaruh kepercayaan dalam konteks S-dagang, terutamanya di M...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7246 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kepercayaan digariskan sebagai salah satu komponen penting bagi menjamin

kelangsungan transaksi atas talian oleh pelanggan. Kajian-kajian lepas berhubung

pengaruh kepercayaan dalam konteks S-dagang, terutamanya di Malaysia masih terhad.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh kepercayaan terhadap niat untuk

melakukan electronic Word-of-Mouth (eWOM) dan niat pembelian dalam kalangan

pengguna S-dagang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan ke

atas sampel. Exploratory Factor Analysis (EFA) dan analisis Cronbachs alpha ke atas

data kajian rintis menunjukkan kesahan item dan kebolehpercayaan instrumen adalah

memuaskan. Kajian sebenar melibatkan 250 orang pengguna Facebook yang mengikuti

laman fan page syarikat. Data kajian dianalisis menggunakan analisis Structural Equation

Modelling (SEM) dengan perisian Analysis Moment of Structure (AMOS). Dapatan kajian

menunjukkan model pengukuran adalah sesuai digunakan dalam pengujian hipotesis.

Pengujian model struktural menunjukkan goodness of fit dan membuktikan terdapat empat

hipotesis adalah signifikan dan berhubungan positif serta satu hipotesis yang tidak

signifikan dan berhubungan negatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang positif dan signifikan antara kepercayaan S-dagang dengan kepercayaan

terhadap syarikat (nilai R=0.78, =0.883), kepercayaan S- dagang dengan niat untuk

melakukan electronic Word-of-Mouth (eWOM) (nilai R= 0.828, =0.376), kepercayaan

syarikat dengan niat untuk melakukan electronic Word-of-Mouth (eWOM) (nilai R=

0.828, =0.56) dan hubungan yang positif dan signifikan antara niat untuk melakukan

electronic Word-of-Mouth (eWOM) dengan niat pembelian (nilai R= 0.616, =0.682).

Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang negatif dan tidak signifikan antara

kepercayaan S-dagang dengan niat pembelian (nilai R= 0.616, = ?0.116). Hasil kajian ini

juga diharapkan dapat memberikan input yang berguna kepada pengkaji lain untuk

meneruskan kajian berkaitan kepercayaan dalam konteks S-dagang. Dapatan ini juga boleh

dijadikan rujukan dalam pembangunan modul perniagaan secara atas talian yang lebih

efektif dan dinamik bagi membantu usahawan dalam mengukuhkan kepercayaan

pelanggan.