Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang tilawah al-quran program Pendidikan Khas Integrasi (Ketidakupayaan Pendengaran)

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan pelaksanaan pengajaran guru

Pendidikan Islam dalam bidang tilawah al-Quran kepada murid berkeperluan Pendidikan

Khas Program Pendidikan Khas Integrasi (Ketidakupayaa...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7259 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan pelaksanaan pengajaran guru

Pendidikan Islam dalam bidang tilawah al-Quran kepada murid berkeperluan Pendidikan

Khas Program Pendidikan Khas Integrasi (Ketidakupayaan Pendengaran). Kajian ini juga

bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru dalam menghuraikan kaedah yang

sesuai mengikut tahap penguasaan murid. Kajian yang dijalankan ini juga untuk mengenal

pasti kesesuaian tempat pengajaran. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

medium komunikasi yang digunakan semasa PdPc tilawah al-Quran. Kerangka konseptual

yang digunakan dalam kajian ini adalah modifikasi Model Pengajaran dan Pembelajaran

oleh Ibnu Khaldun. Seramai 2 orang guru pendidikan Islam dari 2 buah sekolah yang

melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (Ketidakupayaan Pendengaran) dipilih

sebagai peserta dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan

menggunakan 3 kaedah untuk memperolehi data kajian iaitu melalui kaedah temu bual,

pemerhatian dan analisis dokumen. Data temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis

dokumen dikumpul dan diurus menggunakan perisian ATLAS.ti versi 8.4. Kesahan data

dilakukan secara memeriksa kesan penyelidik, tiangulasi pelbagai sumber data dan

mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Dapatan

menunjukkan guru merancang pengajaran menggunakan sukatan pelajaran Pendidikan

Islam Kebangsaan yang diubah suai, akan tetapi terdapat pengubahsuaian dalam

pengolahan isi pengajaran masing-masing. Kajian menunjukkan guru menggunakan

kaedah berpusatkan guru dan berpusatkan murid dalam PdPc tilawah al-Quran. Kajian

mendapati dari aspek persekitaran tempat pengajaran perlu dilakukan penambahbaikan

kedudukan susunan perabot, susunan murid dan kemudahan akustik. Secara umumnya

guru-guru ini mempunyai kemampuan komunikasi yang baik semasa mengajar muridmurid

tersebut, namun begitu masih terdapat kesukaran dalam pedagogi tilawah al-Quran

kepada murid kurang upaya pendengaran. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi

panduan bagi meningkatkan amalan pengajaran guru dalam bidang tilawah al-Quran dan

pencapaian murid kurang upaya pendengarna dalam pembelajaran al-Quran.