Mekanisme pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis jenayah paling tinggi yang berlaku

dalam kalangan masyarakat di Perak. Seterusnya, menganalisis mekanisme pencegahan

jenayah yang sedia ada di Malaysia. Kemudian, meni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nurul Wahidah Wan Lanang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7283
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis jenayah paling tinggi yang berlaku

dalam kalangan masyarakat di Perak. Seterusnya, menganalisis mekanisme pencegahan

jenayah yang sedia ada di Malaysia. Kemudian, menilai mekanisme pencegahan

jenayah dalam masyarakat di negara United Kingdom dan Jepun dan mencadangkan

penambahbaikan dalam usaha pencegahan jenayah. Kajian ini menggunakan kaedah

rentas disiplin yang merangkumi kriminologi dan sains sosial melalui pendekatan

kualitatif, iaitu kajian mendalam bagi menangani isu jenayah dalam kalangan

masyarakat di negeri Perak, iaitu meliputi kawasan bandar dan luar bandar di Ipoh dan

Taiping. Seramai 18 orang responden yang terdiri daripada pegawai PDRM, JPNIN,

JKM, MCPF dan masyarakat tempatan. Data dikumpul menggunakan kaedah

pemilihan keseluruhan sampel populasi bagi badan kerajaan, pertubuhan bukan

kerajaan serta masyarakat melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik

deskriptif. Secara keseluruhannya, jenayah harta benda adalah dilaporkan sebagai

jenayah tertinggi dalam kalangan masyarakat di Perak iaitu sebanyak 2,330 kes yang

direkodkan pada bulan Januari hingga bulan Jun tahun 2016 walaupun berlaku

penurunan berbanding Januari hingga bulan Jun pada 2015 iaitu sebanyak 2,352 kes.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai inisiatif dalam mekanisme pencegahan

jenayah yang sedia ada melalui pelaksanaan program PDRM, JPNIN, JKM dan MCPF.

Selain itu, dapatan kajian melalui mekanisme pencegahan jenayah dalam masyarakat

di United Kingdom dan Jepun wajar dijadikan rujukan untuk cadangan

penambahbaikan mekanisme pencegahan jenayah di Malaysia. Kesimpulannya, kajian

ini mencadangkan agar Model Mekanisme Program Pencegahan Jenayah Malaysia

dapat dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama semua pihak terutamanya

penglibatan masyarakat dalam menangani jenayah. Implikasinya, kajian ini dapat

dijadikan garis panduan kepada pihak berkuasa seperti PDRM, JPNIN, JKM, RT, SRS,

MCPF serta masyarakat untuk merangka program-program yang bersesuaian dengan

sosiobudaya masyarakat Malaysia setempat seterusnya dapat membantu Malaysia ke

arah negara yang lebih aman dan kurang jenayah.

Kata kunci: mekanisme pencegahan jenayah, jenayah, masyarakat, pencegahan

jenayah