Unsur metafora dalam puisi invokasi Biau masyarakat Iban

Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan

semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon

keberkatan Petara (dewa-dewi). Kajian ini bertujuan untuk menge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jessica Dato
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7286
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan

semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon

keberkatan Petara (dewa-dewi). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur

lapisan bahasa, mengkaji jenis ayat dan menganalisis unsur yang membentuk metafora

dalam struktur puisi tradisional invokasi biau. Berasaskan pendekatan kualitatif, secara

deskriptif dan kaedah tinjauan digunakan untuk mengkaji tiga buah biau iaitu Biau

Piring Bedara [Doa Persembahan Sajian Korban], Biau Piring Gawai Tuah [Doa

Persembahan Sajian Perayaan Gawai Tuah] dan Biau Piring [Doa Persembahan Sajian]

yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau (Robert Menua Saleh dan Janang

Ensiring, 2001). Data dianalisis menggunakan kaedah pengkodan. Struktur lapisan

bahasa dianalisis menggunakan teknik pengkodan terbuka. Jenis ayat dan unsur

membentuk metafora dalam puisi invokasi biau pula menggunakan teknik pengkodan

substansif. Dapatan kajian menunjukkan pelbagai struktur lapisan bahasa dalam

pengenalan, isi dan penutup. Jenis ayat yang membina struktur puisi biau ialah ayat

seru, ayat penyata dan ayat perintah. Unsur yang membentuk metafora dalam struktur

biau pula terdiri daripada flora dan fauna, benda bukan hidup dan alam semula jadi

yang disesuaikan dengan kehidupan masyarakat Iban. Pada kesimpulannya, struktur

lapisan bahasa yang pelbagai menunjukkan kesopanan untuk menyeru serta memohon

restu daripada Petara, penggunaan ayat penyata paling kerap dan unsur alam

semulajadi paling banyak digunakan untuk membentuk unsur metafora dalam puisi

invokasi biau. Implikasi kajian ini berupaya mengekalkan budaya, adat dan tradisi

dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak serta menambahkan pengetahuan dan

kepakaran kepada pengamal ritual dan generasi muda untuk melafazkan puisi

tradisiona