Analisis perbelanjaan makanan dalam masyarakat di Negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perbelanjaan makanan dalam kalangan masyarakat di negeri Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan pengumpulan data menggunakan kaedah pensampelan bola salji. Seramai 2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Choong, Foon Yin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7308
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perbelanjaan makanan dalam kalangan masyarakat di negeri Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan pengumpulan data menggunakan kaedah pensampelan bola salji. Seramai 206 ketua keluarga yang

membuat perbelanjaan makanan untuk isi rumah terlibat dalam kajian ini. Data yang

diperoleh di analisis menggunakan ujian min, kekerapan, peratusan, korelasi Pearson,

ujian regresi berbilang dan diproses menggunakan perisian SPSS versi 23. Di samping

itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara umur dan pendidikan dengan perbelanjaan makanan. Dapatan daripada analisis regresi berbilang menunjukkan bahawa faktor kesedaran (1 = 0.283, p = 0.000), peribadi (2

= 0.393, p = 0.000) dan keagamaan (3 = 0.205, p = 0.004) adalah signifikan dan berkaitan secara positif manakala faktor sosial (4 = -0.159, p = 0.028) adalah signifikan dan berkaitan secara negatif dengan perbelanjaan makanan. Sementara itu, hanya faktor media (5 = 0.060, p = 0.487) didapati tidak signifikan. Kesimpulannya, tingkat perbelanjaan makanan di negeri Perak adalah tinggi dan keadaan ini didorong

oleh banyak faktor seperti kesedaran, peribadi, keagamaan, sosial dan media. Ini

termasuklah penawaran makanan yang pelbagai dengan harga yang mampu milik, fungsi pihak berwajib mempromosikan makanan, bekalan makanan siap dan tidak siap yang tinggi dan sebagainya. Implikasi kajian mengetengahkan kepentingan perancangan perbelanjaan terutamanya kepada setiap ketua keluarga. Hal ini penting

bagi memastikan masyarakat di negeri Perak mempunyai pengetahuan yang

mencukupi tentang pemilihan makanan yang baik untuk kesihatan.