Pengaruh faktor orientasi strategik, kepimpinan transformasional dan sumber organisasi ke arah pemerkasaan aktiviti ekonomi masjid di negeri Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan faktor orientasi strategik,

kepimpinan transformasional dan sumber organisasi dengan prestasi aktiviti ekonomi

masjid. Pengaruh faktor persekitaran organisasi sebagai...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ahmad Raflis Che Omar
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2021
الموضوعات:
N/A
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7319
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan faktor orientasi strategik,

kepimpinan transformasional dan sumber organisasi dengan prestasi aktiviti ekonomi

masjid. Pengaruh faktor persekitaran organisasi sebagai pemboleh ubah pengantara

turut diuji. Kerangka kerja kajian ini dibina berasaskan Teori Kontingensi yang

diintegrasikan bersama Teori Resource Based View (RBV), Prinsip Pembangunan

Ekonomi Islam dan Teori Kepimpinan Transformasional. Kajian kuantitatif ini

menggunakan soal selidik yang telah dijawab oleh 134 orang wakil jawatankuasa kariah

dari lima daerah di negeri Selangor. Data-data telah dikumpulkan berdasarkan kaedah

persampelan kawasan (area sampling). Statistik deskriptif dan inferens iaitu Partial

Least Square-Structural Equation Modelling (PLS-SEM) digunakan untuk

menganalisis objektif kajian. Keputusan ujian hipotesis menunjukkan pemboleh ubah

orientasi strategik dan sumber organisasi berhubung secara signifikan dengan prestasi

bukan kewangan dengan nilai beta dan aras keertian masing-masing adalah = 0.657,

p < 0.05 dan = 0.164, p < 0.05. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pengaruh

signifikan antara faktor persekitaran lokasi masjid dengan prestasi kewangan ( =

0.317, p < 0.05). Penemuan itu menyokong saranan Teori Kontingensi dan Teori RBV

yang menjelaskan bahawa pencapaian prestasi aktiviti ekonomi masjid dipengaruhi

secara signifikan oleh kesepadanan antara faktor orientasi strategik, pelaburan sumbersumber

masjid dan persekitaran lokasi masjid. Implikasi kajian menunjukkan

pemerkasaan aktiviti ekonomi masjid boleh diperkukuhkan melalui amalan strategik

organisasi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan Model Pemerkasaan Ekonomi Masjid

(MPEM) sebagai model pengukuhan aktiviti ekonomi masjid. Perlaksanaan aktiviti

ekonomi masjid perlu dijalankan dengan kerangka pengurusan pendapatan,

perbelanjaan dan pelaburan masjid. Selaras itu, MPEM sesuai dijadikan rangka

tindakan para pentadbir masjid untuk memperkasa ekonomi masjid.