Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Seni Visual

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Seni Visual (PSV).

Fokus kajian ini menjurus kepada pengetahuan, sikap, kaedah...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7352 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Seni Visual (PSV).

Fokus kajian ini menjurus kepada pengetahuan, sikap, kaedah PdPc dan faktor-faktor

lain terhadap penerapan KBAT. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes

telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan partisipan kajian dilakukan melalui

persampelan purposif (bertujuan). Partisipan yang dipilih terdiri daripada enam orang

guru PSV yang berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Selain itu, terdapat juga

10 orang murid tingkatan empat aliran kemanusiaan yang mengambil subjek PSV.

Kesemua partisipan kajian diperoleh dari empat sebuah sekolah di negeri Pulau Pinang.

Pengumpulan data dibuat menggunakan kaedah temu bual semi struktur dan kumpulan

berfokus, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif

menggunakan perisian ATLAS.ti 8.0. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan dan

sikap guru-guru adalah baik terhadap penerapan KBAT dalam PSV berdasarkan

pengalaman, motivasi dan minat mereka. Mereka begitu menyedari keperluan KBAT

pada masa ini walaupun mereka kurang mendapat pendedahan secara formal tentang

amalan KBAT. Mereka juga berusaha mempelajari kaedah, strategi dan teknik

pengajaran bagi pelaksanaannya seperti kaedah perbincangan,kaedah penyelesaian

masalah, strategi berpusatkan murid dan teknik demonstrasi. Terdapat pelbagai faktor

yang mempengaruhi proses penerapan KBAT iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

Faktor dalaman adalah seperti guru-guru, murid-murid, para pentadbir, masa dan bahan

pengajaran manakala faktor luaran seperti ibu bapa dan masyarakat. Kesimpulannya,

kerjasama semua pihak harus ditingkatkan untuk memantapkan pengetahuan pedagogi

guru-guru bagi menjana perkembangan kreativiti para murid dalam Pembelajaran Abad

Ke-21 secara komprehensif. Implikasi kajian jelas memperlihatkan faktor guru, murid

dan semua pihak sangat perlu dan signifikan bagi memartabatkan penerapan KBAT.

Diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan praktis KBAT khususnya bagi

meningkatkan keberkesanan PdPc subjek PSV.