Kajian fungsi dan motif cerita dalam teks Syair Bongsu Pinang Peribut dan Puteri Susu Ganda dengan Cherita Bongsu Pinang Peribut berdasarkan Teori Morfologi dan Sosiologi Sastera

Kajian ini bertujuan menjelaskan fungsi dan motif cerita dalam teks Syair Bongsu Pinang

Peribut dan Puteri Susu Ganda (SBPPPSG) dengan teks Cherita Bongsu Pinang Peribut (CBPP). Kajian

turut menganalisis fungsi dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Huda Ahmad Razali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7365
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menjelaskan fungsi dan motif cerita dalam teks Syair Bongsu Pinang

Peribut dan Puteri Susu Ganda (SBPPPSG) dengan teks Cherita Bongsu Pinang Peribut (CBPP). Kajian

turut menganalisis fungsi dan motif cerita dalam teks SBPPPSG sebagai dokumen sosiobudaya

berdasarkan kerangka gabungan Teori Morfologi V. Propp dan Pendekatan Sosiologi Sastera Rene Wellek

dan Austin Warren. Selain itu, kajian dilakukan untuk menghuraikan nilai berbentuk amanat melalui

fungsi dan motif cerita berdasarkan teks dan konteks. Penyelidikan ini menggabungkan Teori

Morfologi V. Propp dan Pendekatan Sosiologi Sastera Rene Wellek dan Austin Warren, iaitu Sosiologi

Karya Sastera. Kaedah kualitatif digunakan untuk meneliti analisis kandungan teks yang terdapat

dalam genre lipur lara ini. Data-data dalam kajian ini terdiri daripada data primer, iaitu teks

SBPPPSG dan CBPP; dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmiah bagi memperkukuh

dapatan kajian. Melalui kajian kepustakaan, didapati kebanyakan bentuk kajian yang diteliti adalah

sekadar menghuraikan aspek struktural naratif tanpa menghubungkannya dengan aspek sosiobudaya

masyarakat. Hasil kajian dari analisis kandungan teks menunjukkan bahawa teks lipur lara ini

terbina dari fungsi dan motif cerita yang merupakan unsur pembentuk teks, sekaligus menjadi formula

bagi pengarang untuk menghasilkan karya lipur lara. Akan tetapi, berlakunya deviasi atau

perlanggaran fungsi, iaitu urutan fungsi dalam kedua-dua teks adalah tidak tetap. Dapatan kajian

juga menunjukkan bahawa fungsi atau motif cerita dalam teks seperti motif penjelmaan,

perkahwinan dan peperangan menjadi unsur yang memperlihatkan teks SBPPPSG sebagai dokumen

sosiobudaya. Seterusnya, nilai berbentuk amanat dalam teks SBPPPSG seperti nilai taat setia,

tanggungjawab dan kasih sayang dapat dijadikan panduan, pengajaran dan nasihat kepada

masyarakat. Kesimpulannya, fungsi dan motif cerita bukan sekadar menjadi unsur pembentuk cerita

dalam teks lipur lara, malahan berupaya menjadi unsur yang menyerlahkan teks sebagai dokumen

sosiobudaya, khususnya melalui teks SBPPPSG. Implikasi kajian ini diharapkan agar teks

dapat menjadi satu garis panduan bagi pengkarya untuk menghasilkan karya baharu dan memberi

gambaran akan kepentingan menghasilkan

karya yang baik, bermutu dan bermanfaat.