Reka bentuk pembangunan modul PSV berasaskan STEM bagi sekolah rendah

Objektif kajian ini untuk mengkaji penggabungjalinan Pendidikan STEM dan

Pendidikan Seni Visual (PSV) melalui sebuah modul pembelajaran di sekolah rendah.

Pengajaran dan pembelajaran PSV secara konvensional menggamb...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Suraya Bahrum
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7371
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Objektif kajian ini untuk mengkaji penggabungjalinan Pendidikan STEM dan

Pendidikan Seni Visual (PSV) melalui sebuah modul pembelajaran di sekolah rendah.

Pengajaran dan pembelajaran PSV secara konvensional menggambarkan permasalahan

guru yang kekurangan sumber rujukan dan pengetahuan serta tidak berkemahiran

dalam menjalankan pendekatan gabung jalin terutamanya STEM yang menjadi

keperluan sebagai sebuah negara maju. Kajian ini meneroka kefahaman dan

pengetahuan guru terhadap gabung jalin STEM dengan isi kandungan PSV, di samping

mengenal pasti potensi pendidikan STEM terhadap peningkatan pengetahuan pedagogi

guru dan kemahiran STEM dalam kalangan murid. Kajian kualitatif ini melibatkan

partisipan kajian yang terdiri daripada 3 orang guru dan 30 orang murid dari tiga buah

sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesahan dan

kebolehpercayaan modul diperoleh melalui Teknik Delphi dari lapan orang pakar dan

modul telah dirintis selama seminggu. Analisis data dilakukan melalui penghuraian,

pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, sub tema dan soalan

kajian. Dapatan kajian menunjukkan Modul steAm mempunyai ciri-ciri

kebolehgunaan yang bersifat praktikal iaitu mesra pengguna, informatif dan selari

dengan pendidikan abad ke-21. Penggunaan Modul steAm ini membantu guru

mengaplikasikan pendidikan STEM dengan berkesan dalam PSV disamping

menunjukkan impak positif terhadap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran dalam

amalan pedagogi guru melaksanakan pendidikan STEM dalam pengajaran PSV. Hasil

kajian juga mendapati murid dapat menguasai kemahiran STEM dan bekerjasama

secara aktif dalam kumpulan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan

pendekatan STEM secara modular telah dapat membantu guru menguasai pengetahuan

asas tentang STEM. Kajian yang lebih komprehensif perlu dijalankan dari aspek

pengintegrasian STEM dengan mata pelajaran lain mahupun menggunakan medium

yang berbeza bagi melihat potensi guru terhadap penggabungajalinan Pendidikan

STEM