Konsep takdir dalam sastera sejarah melalui peranan pengarang istana berdasarkan kerangka model khas

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis takdir dan contoh peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin, menghuraikan peranan pengarang berdasarkan pendekatan Idea Of The Book dan teori Takmilah. Kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis peristiwa takdir seba...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Anita Mat Isa
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7380
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis takdir dan contoh peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin, menghuraikan peranan pengarang berdasarkan pendekatan Idea Of The Book dan teori Takmilah. Kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis peristiwa takdir sebagai medium dakwah, kemasyarakatan, dan seni dalam teks Sulalatus Salatin berdasarkan kerangka Model Koster, Hashim Awang dan Shafie Abu Bakar (KHAS). Penyelidikan ini menggunakan gabungan beberapa prinsip yang dipilih berdasarkan teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang), Takmilah (Shafie Abu Bakar), dan Pendekatan Idea Of The Book (Koster). Kaedah kualitatif digunakan untuk membuat penelitian terhadap analisis kandungan teks yang terdapat dalam genre sastera sejarah. Data-data dalam penyelidikan ini terbahagi kepada dua iaitu data primer yang terdiri daripada teks Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmiah bagi mengukuhkan dapatan kajian. Melalui kajian ini, ternyata kebanyakan peristiwa takdir yang terkandung dalam teks Sulalatus Salatin ini mempunyai hubungan rapat dengan pendekatan keagamaan, pendekatan takmilah, dan Pendekatan Idea Of The Book yang menggesa umat-Nya melakukan kebaikan, dan mencegah kemungkaran dalam memastikan kemakmuran sesebuah negara itu. Ketiga-tiga pendekatan ini bergerak seiring dalam melengkapkan makna istilah takdir sama ada dari sudut bahasa mahupun agama. Implikasi penganalisisan teks Sulalatus Salatin ini membuktikan bahawa konsep takdir sememangnya terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi khususnya dalam pemerintahan raja-raja Melayu pada ketika itu. Kepelbagaian takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk terhadap sesebuah masyarakat Melayu tradisi telah memberi kesempatan kepada pengarang istana untuk menyampaikan tarbiah, dan ibrah kepada masyarakatnya. Kebijaksanaan pengarang istana dalam mengolah penceritaan teks Sulalatus Salatin jelas meninggalkan impak positif kepada penyelidikan ini kerana terbukti bahawa takdir yang berlaku dalam teks Sulalatus Salatin ini sebenarnya ditentukan oleh Tuhan Pencipta sekalian alam (Allah s.w.t).</p><p></p>