Pembangunan dan penilaian modul mudah alih (e-PBM PI-Poli) untuk kursus pengajian Islam di Politeknik Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk membangun dan menilai modul dalam talian untuk Kursus

Pengajian Islam yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah

(e-PBM PI-Poli). Metodologi kajian yang digunakan adalah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7475
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk membangun dan menilai modul dalam talian untuk Kursus

Pengajian Islam yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah

(e-PBM PI-Poli). Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan penyelidikan

reka bentuk dan pembangunan (DDR) tiga fasa yang diasaskan oleh Richey and Klein

(2007). Fasa pertama merupakan analisis keperluan. Borang soal-selidik diedarkan

kepada 297 orang pelajar dan 32 orang pensyarah Politeknik untuk mendapatkan

pandangan terhadap keperluan pembangunan modul. Fasa kedua merupakan fasa

mereka bentuk dan membangunkan kandungan modul menggunakan kaedah Fuzzy

Delphi Method (FDM) untuk melihat persepakatan 17 orang pakar terhadap

pembangunan elemen dalam modul dan Percentage Calculation Method (PCM) untuk

melihat persepakatan 22 orang pakar terhadap kesahan elemen tersebut. Fasa ketiga

merupakan fasa pelaksanaan dan penilaian modul melalui kaedah kuasi-eksperimen.

Dapatan fasa pertama menunjukkan responden mempunyai kemahiran dan capaian

kepada alatan teknologi mudah alih serta mempunyai pandangan positif terhadap

pendekatan PBM dan e-pembelajaran. Dapatan fasa kedua menunjukkan kumpulan

pakar mencapai konsensus dari aspek kesesuaian elemen-elemen dalam mereka bentuk

modul. Dapatan kesahan modul pula mencapai lebih 70% nilai persetujuan pakar

terhadap elemen-elemen yang telah dibangunkan dalam modul. Dapatan fasa ketiga,

bagi ujian kebolehgunaan dan model pembelajaran Ibnu Khaldun, masing-masing

mencapai min pada tahap yang tinggi ( 4.00). Manakala bagi ujian-t sampel

berpasangan terhadap ujian pencapaian dan kemahiran kritis menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kawalan, dengan nilai p .002

& .000 (p .05). Selain itu, dapatan nilai kesan saiz kumpulan rawatan terhadap ujian

pencapaian dan kemahiran kritis mencapai tahap yang tinggi (2 = 0.16 & 2 = 0.29)

berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan

pembangunan modul e-PBM PI-Poli memberi kesan positif dalam membantu pelajar

menghubungkaitkan penyelesaian senario semasa dengan nilai-nilai Islam dan

meningkatkan tahap pemikiran kritis pelajar. Implikasi kajian ini dilihat dari segi

praktikal di dalam konteks Politeknik di mana e-PBM PI-Poli boleh digunakan sebagai

bahan bantu alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.