Pembinaan instrumen dan amalan akauntabiliti guru bimbingan dan kaunseling terhadap pelaksanaan program intervensi murid berisiko cicir

Kajian ini bertujuan untuk membina, mengesah, menguji kebolehpercayaan serta

mengukur amalan akauntabiliti Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) terhadap

pelaksanaan Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (PIMBC). Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurulaini Moshidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7484
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina, mengesah, menguji kebolehpercayaan serta

mengukur amalan akauntabiliti Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) terhadap

pelaksanaan Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (PIMBC). Kajian ini turut

memberi fokus terhadap komponen pentakrifan, pengurusan, penyampaian dan

pentaksiran berdasarkan jantina, tempoh perkhidmatan dan lokasi sekolah. Selain itu,

halangan amalan akauntabiliti dan faktor keberkesanan dalam pelaksanaan program

ini turut dikenal pasti. Kaedah tinjauan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Bagi

proses pembinaan instrumen, tujuh pakar terlibat dalam mengesah kandungan

instrumen. Manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen pula

melibatkan 100 responden. Seterusnya, kaedah tinjauan menggunakan persampelan

rawak mudah dilaksanakan terhadap 395 GBK yang mengajar di sekolah menengah

kebangsaan bertujuan mengukur amalan akauntabiliti terhadap pelaksanaan PIMBC.

Tiga orang GBK dipilih sebagai peserta temu bual melalui persampelan bertujuan bagi

mengukuhkan lagi dapatan kajian. Data bagi kesahan kandungan dianalisis

berdasarkan Content Validitiy Index (CVI) dan memperolehi nilai I-CVI .97. Analisis

Penerokaan Faktor (EFA) dibuat untuk mengesah item dan konstruk instrumen kajian

ini. Selanjutnya, nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha keseluruhan item

adalah .973. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan dalam penganalisisan data.

Dapatan kajian menunjukkan kesemua komponen mencatatkan skor min purata pada

tahap tinggi iaitu antara 3.78 sehingga 4.05 kecuali bagi halangan amalan akauntabiliti

yang mencatatkan skor sederhana iaitu 3.24. Dapatan ujian-t menunjukkan terdapat

perbezaan signifikan bagi jantina dalam komponen pentakrifan dan pengurusan

manakala komponen penyampaian dan pentaksiran tidak terdapat perbezaan

signifikan. Sebaliknya, bagi tempoh perkhidmatan dan lokasi sekolah yang dianalisis

menggunakan ANOVA sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan

bagi keempat-empat komponen. Kesimpulannya, instrumen yang dihasilkan dalam

kajian ini boleh digunakan untuk mengukur amalan akauntabiliti GBK dalam

pelaksanaan PIMBC. Malah, komponen yang terhasil berupaya dijadikan asas

panduan dalam melaksanakan program bimbingan dan kaunseling yang lain sekali gus

amalan akauntabiliti dapat terus dipraktikkan secara lebih berkesan.