Hubungan kepimpinan teragih dengan sikap guru terhadap perubahan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Semenanjung Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan Kepimpinan Teragih (KT)

guru besar dan tahap Sikap Guru Terhadap Perubahan (SGTP) di Sekolah

Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7523 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan Kepimpinan Teragih (KT)

guru besar dan tahap Sikap Guru Terhadap Perubahan (SGTP) di Sekolah

Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung

Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat

perbezaan signifikan tahap amalan KT dan SGTP di antara SK dan SJKC. Selain itu,

kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara KT dan SGTP; dan

bagaimana dimensi-dimensi amalan KT menyumbang kepada SGTP di SK dan SJKC.

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan mengaplikasikan pendekatan tinjauan soal

selidik. Dengan menggunakan cara persampelan rawak berstrata tidak berkadar,

seramai 763 orang guru dari SK dan SJKC telah dipilih dan menyempurnakan soal

selidik berkenaan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.

Dapatan menunjukkan tahap amalan KT di SK (M=4.03; SP=.40) dan SJKC

(M=3.99; SP=.45) berada pada tahap tinggi manakala SGTP berada dalam kuadran

Penerimaan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara tahap amalan KT di SK dan SJKC tetapi terdapat perbezaan signifikan tahap

SGTP mengikut jenis sekolah. Dapatan korelasi Pearson menunjukkan terdapat

hubungan positif dan signifikan antara amalan KT dengan SGTP di SK (r=.415) dan

SJKC (r=.423). Analisis regresi berganda menunjukkan dimensi Perkongsian

Tanggungjawab amalan KT paling menyumbang kepada SGTP iaitu sebanyak 20.0%

di SK dan 21.6% di SJKC. Kajian ini membawa implikasi bahawa amalan KT guru

besar adalah penting untuk meningkatkan SGTP di SK dan SJKC; Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan

guru besar perlu mengambil langkah sewajar untuk menambahbaikkan dimensi Visi,

Misi dan Matlamat, Budaya Sekolah dan Amalan Kepimpinan agar dapat

mempertingkatkan SGTP yang mempunyai kaitan dengan pencapaian murid. Kajian

ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada Institut Aminuddin Baki dan Institut

Pendidikan Guru dalam merangka program pembangunan profesional yang berkesan

untuk guru besar dan guru. Selain itu, kajian ini dapat memperluaskan pengetahuan

guru besar tentang bagaimana meningkatkan SGTP di sekolah secara berkesan.