Pencirian morfologi, optik dan struktur untuk filem nipis hibrid polimer P3HT/partikel-partikel nano CdS dan CdSe

Kajian ini bertujuan untuk melakukan pencirian morfologi, optik dan struktur bagi

mengkaji kehadiran partikel-partikel nano CdS dan CdSe yang tertanam di antara

matriks P3HT peranti filem nipis hibrid organik dan ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azyuni Aziz
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7599
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melakukan pencirian morfologi, optik dan struktur bagi

mengkaji kehadiran partikel-partikel nano CdS dan CdSe yang tertanam di antara

matriks P3HT peranti filem nipis hibrid organik dan tak organik menggunakan teknik

Pemendapan Angkutan Sudut (ALD) dan kaedah dedahan gas yang mudah, cepat dan

berkos rendah. Penyelidikan bermula dengan menentukan kesan kehadiran ion Cd2+

dalam larutan P3HT, asid stearik (SA) dan P3HT:SA yang dicirikan dengan isoterma

tekanan permukaan-luas yang dikawal oleh komputer. Peranti filem nipis disediakan

dengan memendapkan P3HT, SA dan ion Cd2+ (dalam kemolaran 0.5 dan 1.0 mM

CdCl2) ke atas substrat silikon dan kuarza menggunakan teknik ALD dan dedahan

kepada gas H2S atau H2Se selama 2, 4, 6 dan 15 jam. Peranti filem nipis organik-tak

organik dicirikan menggunakan FESEM, EDX, AFM, spektroskopi Raman dan UVVis.

Pencirian isoterma tekanan permukaan-luas menunjukkan purata keluasan dan

saiz molekul P3HT, SA dan P3HT:SA meningkat dengan peningkatan ion Cd2+.

Pembentukan partikel-partikel nano berjaya ditanam di antara matriks P3HT dengan

menggunakan kedua-dua kaedah seperti yang disahkan oleh keputusan FESEM, EDX

dan AFM. Pencirian Raman menunjukkan anjakan puncak ke nombor gelombang

lebih rendah apabila tempoh dedahan meningkat, menunjukkan peningkatan dalam

kristalografi polimer P3HT dan perlanjutan panjang konjugasi yang berkesan di

sepanjang tulang belakang polimer. Pencirian optik UV-Vis menunjukkan nilai tenaga

lebar jalur adalah antara 1.87 sehingga 1.91 eV. Sebagai kesimpulan, hasil pencirian

morfologi, optik dan struktur menunjukkan kehadiran partikel-partikel nano CdS atau

CdSe yang tertanam di antara matriks P3HT menggunakan kaedah ALD dan dedahan

gas. Polimer hibrid terbaik ialah P3HT:CdS dalam kemolaran 0.5 mM CdCl2 yang

didedahkan selama 6 jam. Kajian ini memberi implikasi bahawa teknik pemendapan

ALD dan dedahan gas adalah praktikal untuk menghasilkan peranti hibrid

nanokomposit organik-tak organik berkos rendah.