Penilaian pelaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) di Politeknik Premier di Malaysia

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program pendidikan berasaskan hasil (OBE) di politeknik premier di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk penilaian program CIPP oleh Stufflebeam daripada dimensi konteks, input, proses dan produk. Persampelan rawak berstrata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainatuliza Zainal Abidin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7619
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program pendidikan berasaskan hasil (OBE) di politeknik premier di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk penilaian program CIPP oleh Stufflebeam daripada dimensi konteks, input, proses dan produk. Persampelan rawak berstrata berdasar jenis politeknik, bidang pengajian serta kategori responden. Tiga politeknik premier, tiga bidang dan tiga kategori responden yang terdiri daripada pentadbir, pensyarah dan pelajar. Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan, seramai 38 pentadbir, 250 pensyarah dan 580 pelajar telah dipilih. Kajian ini menggunakan instrumen yang terdiri daripada soal selidik, protokol temubual dan analisis dokumen. Data kuantitatif menunjukkan responden sangat bersetuju (M=3.89; SP=0.67) bahawa pelaksanaan OBE di politeknik premier adalah berkesan. Responden juga yakin bahawa pentadbir telah memberi komitmen (M=4.15; SP=0.70), telah membuat perancangan (M=3.76; SP=0.77) dan pensyarah bersedia dari segi pengetahuan (M=3.7; SP=0.78), kemahiran (M=3.74; SP=0.81) dan berkeyakinan untuk melaksanakan OBE di politeknik (M=3.81; SP=0.83). Responden juga bersetuju bahawa terdapatnya interaksi rakan (M=4.01; SP=0.63), interaksi pensyarah (M=3.84; SP=0.66). Responden juga berpuas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran (M=4.01; SP=0.59), proses penilaian (M=3.90; SP=0.70) dan aktiviti penambahbaikan kualiti berterusan (M=4.06; SP=0.70). Dari aspek produk pula, responden bersetuju dengan hasil pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan (M=3.86; SP=0.55) dan kemahiran generik (M=3.89; SP=0.67). Namun responden hampir tidak pasti terhadap kelengkapan infrastruktur (M=3.59; SP=0.86) yang disediakan oleh politeknik dan kemahiran praktikal (M=3.59; SP=0.48) pelajar. Analisis regresi mendapati kemudahan sumber dan infrastruktur (=0.36; p=0.000) serta komitmen pentadbir (=0.36; p=0.000) merupakan faktor dominan yang mempengaruhi elemen proses. Beberapa kelemahan yang kritikal didapati daripada temubual iaitu dari aspek pentadbiran, kurikulum dan keupayaan pelajar. Kesimpulan kajian ini adalah responden bersetuju bahawa pelaksanaan OBE di politeknik premier telah dijalankan dengan efektif namun kelemahan yang kritikal perlu diberikan perhatian. Implikasi kajian adalah penghasilan kerangka baharu dengan elemen-elemen terkini seperti kurikulum berteraskan industri, kepimpinan transformasi, efikasi kendiri, literasi teknologi terkini dan pemantauan berterusan yang perlu diterapkan untuk meningkatkan kualiti politeknik premier di Malaysia.</p><p></p>