Sistem rekod perkhidmatan guru di Pejabat Pendidikan Daerah dalam mendepani situasi bencana banjir

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan data di sekolah dan

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), membangunkan satu kaedah alternatif baru iaitu prototaip sistem

berasaskan web dan...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Masitah Romlee
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7649
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan data di sekolah dan

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), membangunkan satu kaedah alternatif baru iaitu prototaip sistem

berasaskan web dan menilai kepenggunaan prototaip sistem yang dibangunkan. Pembangunan prototaip

sistem adalah berasaskan model prototyping. Manakala, penilaian bagi prototaip sistem pula

menggunakan kaedah kualitatif bagi menilai empat atribut utama iaitu kecekapan, keberkesanan,

kemudahbelajaran dan keselamatan. Bagi pengumpulan data, kaedah kualitatif menggunakan teknik temu

bual semi berstruktur digunakan. Responden bagi kajian ini terdiri daripada tiga pengetua sekolah

menengah serta sorang pegawai PPD di sebuah jajahan di Negeri Kelantan, Malaysia. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa prototaip sistem yang dibangunkan menepati empat atribut kepenggunaan yang

dinilai. Kecekapan prototaip sistem dapat dilihat apabila ia tidak mengambil masa yang lama untuk

menyimpan maklumat. Prototaip sistem berkesan dengan adanya fungsi yang membantu pengguna seperti

dapat menambah, mengemaskini, memadam dan mencari maklumat yang dikehendaki dengan tepat. Selain

itu, prototaip sistem juga mudah dipelajari dengan adanya bantuan seperti manual pengguna. Pengguna

juga tidak boleh mengakses maklumat yang tidak dibenarkan kerana prototaip sistem telah dibangunkan

dengan fungsi had capaian mengikut kategori pengguna menjadikan ia sistem yang selamat untuk

menyimpan maklumat. Kesimpulannya sistem ini memenuhi empat atribut kepengguna yang dinilai

iaitu kecekapan, keberkesesanan, kemudahbelajaran dan keselamatan. Melalui sistem yang dibangunkan

didapati ia dapat membantu pihak sekolah dan PPD serta guru dalam penyimpanan maklumat

rekod perkhidmatan mereka dalam mendepani masalah banjir yang melanda.