Pembangunan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan dalam talian (PBPDT) bagi topik kebarangkalian mudah dan kesannya terhadap pencapaian murid tingkatan dua

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi pembelajaran berasaskan

permainan (PBPDT) bagi topik Kebarangkalian Mudah dan kesannya terhadap

pencapaian murid tingkatan dua. Penyelidikan ini menggunakan pende...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhayati Yusoff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7685
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi pembelajaran berasaskan

permainan (PBPDT) bagi topik Kebarangkalian Mudah dan kesannya terhadap

pencapaian murid tingkatan dua. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan

penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (PRP). Kajian ini dijalankan dalam tiga

fasa. Fasa pertama adalah fasa analisis keperluan. Fasa ini menggunakan soal selidik

yang diedarkan kepada 500 orang murid tingkatan dua untuk memantau keperluan

pembangunan aplikasi PBPDT. Data soal selidik yang diperoleh dianalisis

menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 23 menunjukkan bahawa terdapat

keperluan kepada pembangunan aplikasi PBPDT dimana minat murid terhadap

permainan dalam talian adalah sederhana dengan nilai min 3.382. Fasa kedua ialah fasa

rekabentuk dan pembangunan aplikasi melibatkan kesepakatan 11 orang pakar terhadap

komponen konstruk dan item menggunakan teknik Fuzzy Delphi Method. Dapatan

menunjukkan, pakar telah menerima 7 kontsruk utama dengan 39 item untuk reka

bentuk dan pembangunan aplikasi ini. Fasa ketiga ialah fasa penilaian menggunakan

kaedah kuasi experiment yang melibatkan 60 orang murid tingkatan dua untuk menguji

kesan terhadap pencapaian mereka. Dapatan menunjukkan pencapaian yang tinggi

dalam kalangan murid tingkatan dua bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan

kawalan. Kesimpulannya, aplikasi PBPDT boleh digunakan untuk meningkatkan

pencapaian murid tingkatan dua bagi tajuk Kebarangkalian Mudah. Implikasinya,

pembangunan aplikasi PBPDT bagi topik yang lain boleh diterapkan.