Kesan penggunaan pelbagai media cetak terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak autistik Prasekolah (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenal, menguji dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan pelbagai media cetak terhadap pencapaian awal matematik kanak-kanak autistik prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif kuasi eksperimen dengan reka bentuk pengukuran berulang dalam subjek (within...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nafisah Baharom
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=786
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenal, menguji dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan pelbagai media cetak terhadap pencapaian awal matematik kanak-kanak autistik prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif kuasi eksperimen dengan reka bentuk pengukuran berulang dalam subjek (within subject repeated measures design). Sampel kajian adalah seramai 15 orang kanak-kanak autistik pra sekolah di Melaka. Ujian Pra, Ujian 1, Ujian 2 dan Ujian Pasca digunakan sebagai instrumen. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa di mana rawatan diberikan dalam tempoh enam minggu dalam setiap fasa. Setiap fasa menggunakan pelbagai media cetak seperti Poster, Sampul Angpau, Kad Parkir, Kalendar Papan, Kalendar Flip, Tiket, Penanda Buku, Buku Manik, Kad Permainan, Foto, Brosur dan My Magic Album. Data dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi menggunakan ANOVA sehala dengan pengukuran berulang. Tahap signifikasi Mauchly's Test ditetapkan pada p