Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan guru (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru. Terdapat lapan tujuan kajian dan lima hipotesis kajian. Model Penilaian CIPP digunakan sebagai kerangka kajian yang melibatkan semua komponen iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorzeliana Idris
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=846
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru. Terdapat lapan tujuan kajian dan lima hipotesis kajian. Model Penilaian CIPP digunakan sebagai kerangka kajian yang melibatkan semua komponen iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 589 orang guru yang melaksanakan PBS di Semenanjung Malaysia dan dipilih secara rawak berstrata dari 48 buah sekolah. Analisis data kuantitatif dan kualitatif (temubual, analisis dokumen dan pemerhatian yang melibatkan empat orang guru) dilaporkan secara serentak untuk menyokong dapatan kajian. Soal selidik rubrik dua lapis dibina sendiri oleh penyelidik yang mempunyai empat konstruks dengan nilai Alpha Cronbach antara 0.707 hingga 0.884. Perangkaan deskriptif secara keseluruhannya mendapati semua komponen dalam Model CIPP menunjukkan tahap yang sederhana sahaja. Namun begitu, terdapat kekuatan dan kelemahan yang didapati dalam setiap sub konstruk. Analisis MANOVA pula mendapati tahap Perancangan dan Pelaksanaan PBS guru sekolah menengah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan dengan guru sekolah rendah. Manakala tahap Perancangan dan Pelaksanaan guru di sekolah bandar lebih tinggi dan berbeza secara signifikan dengan guru di sekolah luar bandar. Analisis Regresi Berganda bagi menunjukkan sumbangan pemboleh ubah tak bersandar terhadap Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBS adalah sebanyak 47.6%. Antara faktor dominan yang menyumbang kepada konstruk Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBS ialah Pelaksanaan Pentaksiran dan Matlamat PBS. Manakala sumbangan pemboleh ubah tak bersandar terhadap Pelaksanaan PBS adalah sebanyak 53.6% dan faktor yang paling mempengaruhi ialah Perancangan Sekolah dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan PBS. Sebanyak lapan saranan diketengahkan bagi memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu untuk mencapai visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.