Kesan latihan bebanan terhadap komposisi tubuh dan kekuatan otot individu berlebihan berat badan

Latihan bebanan merupakan salah satu kaedah latihan yang sering digunakan untuk

meningkatkan kekuatan dan saiz otot. Tujuan kajian ini adalah menentukan kesan

latihan bebanan terhadap indeks jisim tubuh (BMI), jisim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Nor Faiz Ab Aziz
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8473
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Latihan bebanan merupakan salah satu kaedah latihan yang sering digunakan untuk

meningkatkan kekuatan dan saiz otot. Tujuan kajian ini adalah menentukan kesan

latihan bebanan terhadap indeks jisim tubuh (BMI), jisim otot, peratusan lemak tubuh,

kekuatan genggaman tangan dan ulangan maksimum tekan tubi dalam kalangan

pelajar lelaki berlebihan berat badan lelaki. Teori Esco telah digunakan dalam kajian

ini yang menekankan tentang kepentingan latihan bebanan untuk meningkatan

kekuatan dan ketahanan otot. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimental

sebagai reka bentuk kajian. Peserta kajian dipilih berdasarkan kriteria iaitu pelajar

lelaki yang mempunyai indeks BMI 23.00 27.4. Subjek kajian terdiri daripada 20

pelajar lelaki (BMI 25.76 1.35, umur 23.05 2.14 tahun) yang telah dipilih secara

rawak. Instrumen kajian terdiri daripada alat analisis komposisi tubuh digunakan

untuk mengukur BMI, peratusan lemak dan jisim otot. Kekuatan otot diukur melalui

ujian kekuatan maksimum genggaman tangan manakala ketahanan otot menggunakan

ujian ulangan maksimum tekan tubi. Intervensi latihan bebanan dijalankan selama 4

minggu, iaitu 3 kali seminggu. Ujian pra yang mengandung lima dimensi iaitu BMI,

peratusan lemak, jisim otot, kekuatan otot dan ketahanan otot telah dijalankan

sebelum intervensi. Ujian pasca pula dilaksanakan selepas empat (4) minggu

intervensi berjalan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens

seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan ujian-t berpasangan. Dapatan

kajian menunjukkan terdapat kesan signifikan intervensi latihan bebanan terhadap

ketahanan otot [t(19) = -6.37; p<0.05]. Walau bagaimanapun tiada kesan signifikan

latihan bebanan terhadap BMI [t(19)= 0.55; p>0.05], jisim otot [t(19)= -1.45; p>0.05],

peratusan lemak tubuh [t(19)= -0.448; p>0.05] dan kekuatan maksimum genggaman

tangan [t(19)= -1.39; p>0.05]. Kesimpulannya, latihan bebanan selama empat (4)

minggu berupaya meningkatkan ketahanan otot dalam kalangan pelajar lelaki

berlebihan berat badan namun tiada kesan untuk dimensi yang lain seperti BMI,

peratusan lemak, jisim otot, dan kekuatan otot. Oleh yang demikian, latihan bebanan

boleh dijadikan salah satu strategi untuk meningkatkan ketahanan otot dalam individu

berlebihan berat badan. Implikasi kajian mencadangkan intervensi latihan bebanan

perlu dipanjangkan jangka masa kajian untuk mendapatkan kesan yang lebih

signifikan.