Peranan visual sebagai media propaganda sewaktu pendudukan Jepun Dai Nippon di Malaysia, 1942-1945 (IR)
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan, menyelidik dan menganalisis peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan di Malaysia. Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustras...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=848 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan, menyelidik dan menganalisis peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan di Malaysia. Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, kartun, poster dan risalah yang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan umum sewaktu pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945. Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan Sejarah Seni menjadi paradigma penyelidikan. Dokumentasi visual merupakan sumber utama bagi penganalisisan data. Visual propaganda dianalisis secara kritis dan menyeluruh dengan menggunakan kaedah analisis formal dan kontekstual. Sebanyak 96 visual propaganda telah dikesan di sepanjang tempoh pendudukan. Namun, hanya 63 visual yang menepati kriteria Indikator Pemilihan Visual yang dibangunkan pada kerangka konsepsual, dipilih untuk dianalisis. Hasil penyelidikan mendapati bahawa visual propaganda melalui tiga fasa yang integral bagi membincangkan peranannya dalam menyalurkan indoktrinasi bergambar kepada massa. Turut dibincangkan dalam hasil penyelidikan adalah peranan yang dimainkan oleh para propagandis visual yang menyokong doktrin romantik Asia untuk Asia, Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya, kempen zaman Dai Toa Senso (Peperangan Besar Asia Timur Raya) dan sikap prejudis mereka kepada pihak imperialisme Anglo-Amerika. Secara keseluruhannya, dapatlah diperkatakan bahawa visual propaganda juga merupakan senjata peperangan non-militeris, yang mempunyai daya tariknya tersendiri dalam mengkonsepsikan pemahaman serta penerimaan para pemerhati. |
---|