Sosialisasi kesenian visual masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat sosialisasi kesenian visual

masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan. Objektif kajian ini

adalah untuk mengenal pasti serta meneliti setiap...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Edzrine Abdullah Sani
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8544
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat sosialisasi kesenian visual

masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan. Objektif kajian ini

adalah untuk mengenal pasti serta meneliti setiap fungsi dan proses sosialisasi kesenian

visual yang berlaku. Melalui objektif ini juga, perilaku yang terbentuk daripada proses

sosialisasi dapat dikemukakan dengan hasil kerja lapangan yang dijalankan. Kesenian

yang ada merupakan salah satu seni warisan turun temurun serta satu keperluan

kehidupan kepada mereka. Pendekatan kualitatif melalui kajian kes ini menerangkan

secara deskriptif sosialisasi kesenian visual melalui pendekatan kebudayaan mereka.

Batasan kajian ini merujuk kepada kawasan kajian yang hanya dijalankan di kawasan

perkampungan masyarakat suku kaum Jah Hut yang terdapat di Jerantut dan Temerloh.

Kaedah kajian yang digunakan dalam pengumpulan data seperti temu bual tidak

berstruktur, pemerhatian, analisis dokumen dan rakaman visual digunakan bagi

menjawab setiap persoalan yang dikemukakan. Dapatan kajian yang diperoleh

menunjukkan kesenian visual yang ada telah diwarisi daripada nenek moyang mereka

lagi. Penghasilan seni ukiran patung kayu mempunyai kegunaan dan kepercayaannya

yang tertentu. Begitu juga dengan seni anyaman yang dihasilkan turut mempunyai

keunikan serta mengalami pembaharuan dalam penghasilan penggunaan bahan.

Persekitaran yang mempengaruhi kehidupan membuatkan setiap hasil karya mereka

mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Kesimpulannya, sosialisasi kesenian

visual yang berlaku, telah melalui peringkat pembelajaran berterusan dengan setiap

ilmu yang diperoleh terus diwarisi sehingga kini. Implikasi kajian menunjukkan

kesenian visual dalam kalangan suku kaum Jah Hut ini haruslah dipelihara dan dijaga

kelestariannya agar identiti kesenian ini dapat dikekalkan selain dijadikan bahan

sumber rujukan kepada masyarakat umum. Dengan adanya kajian ini, diharapkan hasil

ini dapat membantu pengkaji dan generasi baru mereka untuk meneroka serta

meningkatkan lagi usaha bagi melakukan penambahbaikan dalam seni visual

masyarakat suku kaum Jah Hut yang sedia ada.