Kesediaan murid sekolah menengah melaksanakan pembelajaran berbalik menerusi platform Google Classroom

Kajian ini meninjau kesediaan murid sekolah menengah melaksanakan pembelajaran

berbalik menerusi platform Google Classroom. Objektif kajian adalah untuk melihat

tahap kesediaan melaksanakan pembelajaran berbalik yan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8547 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini meninjau kesediaan murid sekolah menengah melaksanakan pembelajaran

berbalik menerusi platform Google Classroom. Objektif kajian adalah untuk melihat

tahap kesediaan melaksanakan pembelajaran berbalik yang terdiri daripada lima

konstruk iaitu pembelajaran terarah kendiri, efikasi kendiri teknologi, efikasi kendiri

komunikasi, motivasi pembelajaran dan pra pembelajaran. Kajian juga bertujuan untuk

melihat kesediaan murid menggunakan platform Google Classroom. Kajian turut

melihat korelasi dan sumbangan antara lima konstruk kesediaan melaksanakan

pembelajaran berbalik terhadap kesediaan menggunakan Google Classroom. Kajian

kuantitatif menerusi tinjauan telah dilakukan terhadap seramai 395 murid sekolah

menengah daripada lapan sekolah dalam Daerah Kuala Kangsar yang dipilih secara

rawak dan berstrata. Instrumen soal selidik adalah terdiri daripada 37 item telah diuji

kesahan oleh empat panel pakar dan memiliki kebolehpercayaan pada nilai alfa

Chronbach 0.872. Ujian deskriptif yang dilajankan mendapati kesediaan melaksanakan

pembelajaran berbalik adalah pada tahap yang tinggi iaitu pembelajaran terarah kendiri

(min=3.86), efikasi kendiri teknologi (min=4.28), efikasi kendiri komunikasi

(min=4.08), motivasi pembelajaran (min=4.27) dan pra pembelajaran (min=4.12).

Ujian deskriptif juga menunjukkan kesediaan menggunakan Google Classroom berada

pada tahap yang tinggi (min=4.04). Ujian korelasi Pearson yang dijalankan mendapati

terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan bagi pembelajaran terarah kendiri

(r=.566), efikasi kendiri teknologi (r=.529), efikasi kendiri komunikasi (r=.587) dan pra

pembelajaran (r=.591) terhadap kesediaan menggunakan Google Classroom manakala

motivasi pembelajaran (r=.477) adalah sederhana. Analisis berganda stepwise yang

dilakukan pula menunjukkan empat konstruk utama secara signifikan memberikan

sumbangan kepada tahap kesediaan menggunakan Google Classroom ialah pra

pembelajaran ( = 0.312, p < 0.05), efikasi kendiri teknologi ( = 0.238, p < 0.05),

pembelajaran terarah kendiri ( = 0.216, p < 0.05) dan efikasi kendiri komunikasi ( =

0.171, p < 0.05) dapat menyumbang skor keseluruhan sebanyak 53.3% (R2 = 0.533)

dalam kesediaan menggunakan Google Classroom. Namun, kajian mendapati konstruk

motivasi pembelajaran adalah tidak memberikan sumbangan. Dapatan kajian ini dilihat

dapat membantu pihak sekolah dan KPM supaya memberikan penekanan kepada

keempat-empat faktor iaitu pra pembelajaran, efikasi kendiri teknologi, pembelajaran

terarah kendiri dan efikasi kendiri komunikasi supaya diperkemas dalam kalangan

murid bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan aplikasi Google Classroom

menerusi pendekatan pedagogi secara lebih efektif.