Pembinaan modul pembelajaran teknik Lukisan Digital Tingkatan 3 menggunakan perisian GIMP

Dalam pembelajaran abad ke-21, elemen teknologi ditekankan dalam pembelajaran di

peringkat sekolah. Namun begitu, elemen teknologi ini masih kurang digunakan

dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faizura Nur Mohamed Jamion
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8554
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Dalam pembelajaran abad ke-21, elemen teknologi ditekankan dalam pembelajaran di

peringkat sekolah. Namun begitu, elemen teknologi ini masih kurang digunakan

dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 pada tajuk Lukisan Digital

kerana perisian yang sedia ada memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkannya.

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran Teknik Lukisan Digital

Tingkatan 3 menggunakan perisian sumber terbuka iaitu GIMP yang boleh digunakan,

dikaji, diubah dan percuma bagi memudahkan guru dan murid dalam melaksanakan

pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan kajian

reka bentuk dan pembangunan untuk membangunkan modul berlandaskan kepada

model ADDIE. Terdapat lima fasa yang perlu dilalui dalam membina modul MpTLD

iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Reka Bentuk Modul, Fasa Pembinaan Modul,

Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Pembinaan modul ini juga berasaskan teori

minimalis dan teori beban kognitif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah

soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai analisis sokongan

bagi dapatan kajian. Tinjauan awal dijalankan bagi mendapatkan kesahan tentang

pembinaan modul. Seramai 32 orang murid terlibat dalam Fasa Pelaksanaan dan

seramai 62 orang murid terlibat dalam Fasa Penilaian penggunaan modul MpTLD ini

dalam pembelajaran di dalam kelas. Analisis data kajian yang dilakukan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0.

Analisis kebolehpercayaan item secara keseluruhan adalah menggunakan Model

Pengukuran Rasch dengan melihat ujian kebolehgunaan Cronbach Alpha. Dapatan

menunjukkan (i) penggunaan perisian sumber terbuka GIMP amat sesuai digunakan

sebagai alat bantu mengajar dalam tajuk Teknik Lukisan Digital Tingkatan 3, (ii)

kebolehgunaan MpTLD sangat membantu murid dan guru dalam PdPc, (iii) murid

bersetuju MpTLD mudah difahami,diikuti,grafik yang menarik dan ayat yang

digunakan tidak berulang dan (iv) terdapat hubungan yang signifikan antara

Kebolehgunaan MpTLD dengan Pembelajaran Kendiri Murid. Kajian ini memberi

implikasi yang positif terhadap teori yang digunakan, praktikal dan pihak yang terlibat

serta memberi sumbangan dalam bentuk teoritikal, metodologi, serta amalan

pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru Pendidikan Seni Visual.