Pengetahuan, daya tarikan syarikat, keperluan peribadi dan penglibatan mahasiswa muslim di universiti awam dalam perniagaan Multilevel-Marketing (MLM) patuh syariah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengetahuan, daya tarikan syarikat,

keperluan peribadi terhadap penglibatan mahasiswa muslim di universiti awam dalam perniagaan

Multilevel-Marketing (MLM) patuh syariah. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Mas Suryana Tahar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8567
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengetahuan, daya tarikan syarikat,

keperluan peribadi terhadap penglibatan mahasiswa muslim di universiti awam dalam perniagaan

Multilevel-Marketing (MLM) patuh syariah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan

kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Jumlah sampel kajian ialah sebanyak 377 orang mahasiswa muslim

di universiti awam sekitar negeri Perak. Kajian ini menggunakan persempelan rawak berkadaran. Bagi

mengenal pasti tahap setiap pembolehubah, analisis kekerapan dan peratusan dipilih. Selain itu,

kaedah analisis korelasi dan regresi pelbagai digunakan bagi menjawab kesemua persoalan yang

dikaji. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pembolehubah pengetahuan memperolehi skor paling

tinggi iaitu 3.83, diikuti pembolehubah keperluan peribadi dan penglibatan dengan skor purata min

3.80 dan 3.65.Sementara itu, pembolehubah daya tarikan syarikat mencatatkan nilai min terendah

dengan nilai 3.44. Selain itu analisis korelasi mendapati bahawa kesemua pembolehubah bebas iaitu

pengetahuan (r= 0.310), daya tarikan syarikat (r= 0.545), dan keperluan peribadi (r=0.497)

mempunyai hubungan yang positif dengan penglibatan mahasiswa muslim di universiti awam dalam

perniagaan MLM patuh syariah. Walaubagaimanapun, pembolehubah pengetahuan tidak memberi kesan yang

signifikan terhadap penglibatan mahasiswa muslim dalam perniagaan MLM. Secara signifikan,

pembolehubah pengetahuan, daya tarikan syarikat dan keperluan peribadi (F=55.542, p<0.05)

menyumbangkan sebanyak 30.9 peratus varians (R =0.309) terhadap penglibatan mahasiswa muslim dalam

perniagaan MLM patuh syariah. Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak

seperti kementerian pendidikan, usahawan, mahasiswa dan lain-lain lagi dalam usaha

meningkatkan pengetahuan berkaitan perniagaan MLM ini.