Pemikiran visual dalam permainan tradisional kanak-kanak berasaskan sistem sosial budaya

<p>Kajian ini adalah untuk mengenalpasti pemikiran visual dalam permainan tradisional kanak-kanak. Tiga buah kampung dalam daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman yang terlibat dalam kajian ini adalah kampung Sungai Tengas, kampung Rumah Murah dan kampung Parit Teropong sementara enam o...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zulpaimin Hj. Hamid
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8569
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini adalah untuk mengenalpasti pemikiran visual dalam permainan tradisional kanak-kanak. Tiga buah kampung dalam daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman yang terlibat dalam kajian ini adalah kampung Sungai Tengas, kampung Rumah Murah dan kampung Parit Teropong sementara enam orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam melengkapkan kajian ini. Kanak-kanak yang dipilih berusia antara 6 tahun hingga ke 13 tahun disamping Ibu atau bapa kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang dipilih juga merupakan penghasil dan pemain permainan tradisional kanak-kanak manakala ibu atau bapa kanak-kanak yang terpilih adalah dalam kalangan ibu atau bapa yang pernah memainkan permainan tradisional kanak-kanak. Fokus Kajian ini adalah untuk mendokumentasi, menganalisis dan menginterpretasi bentuk alatan permainan yang menjadi tunjang kepada senario permainan tradisional kanak-kanak dalam situasi alamiahnya. Kajian ini menggunakan kerangka konsep yang diadaptasi daripada Nasaruddin Yunos, Abdul Salam Yusoff, Mohamad Mohsin Mohamad Said (2012) dan Koentjaraningrat (2002). Objektif kajian ini pula adalah untuk mengenal pasti senario permainan, bentuk alatan permainan dan konteksnya dengan sistem sosial budaya. Kajian permainan ini cuba melihat ekspresi daripada pemikiran visual pada bentuk alatan permainan. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kualitatif dengan paradigma interdisiplin. Kajian kes dijadikan sebagai reka bentuk kajian. Pemerolehan data adalah melalui pemerhatian, temubual, dokumen dan perakaman visual. Melalui pemerhatian, dapatan utama yang diperolehi adalah berkaitan cara pembuatan peralatan permainan dan cara permainan dimainkan. Melalui dokumen, pemahaman yang lebih menyeluruh tentang cara penghasilan peralatan permainan dan cara permainan dimainkan dalam pelbagai versi. Perkaman visual pula menemukan hal-hal berhubung kaedah penghasilan tidak dapat dikesan melalui pemerhatian semata-mata. Data-data dianalisis dengan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa permainan tradisional kanak-kanak sangat berkait dengan pemikiran visual yang terbentuk dalam ruang pemikiran kanak-kanak itu sendiri yang dipengaruhi oleh apa yang pernah dilihat oleh kanak-kanak disamping gaya pemikiran yang dianuti oleh masyarakat sekelilingnya. Implikasi dari dapatan ini menunjukkan bahawa pemikiran visual kanak-kanak perlu diawasi dan dibimbing supaya tidak terbentuk pemahaman yang tidak tepat.</p>