Keberkesanan penggunaan model Student Team Achievement Divisions (STAD) terhadap pencapaian pelajar dalam subjek prinsip perakaunan

<p>Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran model STAD terhadap pencapaian pelajar dalam Prinsip Perakaunan khusus bagi topik Lejar. Kajian ini juga menilai persepsi pelajar dari segi kefahaman, motivasi, sikap dan minat pelajar terhadap pembelaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Azzatul Akmarisha Serjali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8571
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran model STAD terhadap pencapaian pelajar dalam Prinsip Perakaunan khusus bagi topik Lejar. Kajian ini juga menilai persepsi pelajar dari segi kefahaman, motivasi, sikap dan minat pelajar terhadap pembelajaran Prinsip Perakaunan setelah menggunakan model STAD. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen telah digunakan. Pemilihan sampel melibatkan pelajar tingkatan 4 aliran sains sosial yang terdiri daripada 30 orang pelajar kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca di mana kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang signifikan dan lebih tinggi (skor min= 18.267) berbanding dengan kumpulan kawalan (skor min= 15.133). Analisis korelasi pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat (r= 0.745) antara kaedah pembelajaran model STAD dengan pencapaian pelajar dalam ujian pasca. Hasil kajian mengenai persepsi pelajar terhadap Prinsip Perakaunan selepas menggunakan model STAD pula menunjukkan tahap kefahaman dan motivasi mereka adalah pada tahap tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan penggunaan model STAD telah meningkatkan pencapaian pelajar, kefahaman serta motivasi mereka dalam Prinsip Perakaunan. Implikasi kajian menunjukkan model STAD dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran Prinsip Perakaunan.</p><p></p>