Pembangunan modul e-pentaksiran untuk Massive Open Online Course (MOOC) Kimia

<p>Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-pentaksiran untuk MOOC Kimia. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Responden kajian ini terdiri daripada 129 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia yang telah dipilih secara rawak kelompok. Instrumen kajian ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurfarihah Kamarudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8576
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-pentaksiran untuk MOOC Kimia. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Responden kajian ini terdiri daripada 129 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia yang telah dipilih secara rawak kelompok. Instrumen kajian adalah borang penilaian kesahan kandungan modul, soal selidik kebolehpercayaan modul dan soal selidik persepsi pelajar terhadap modul. Data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan Content Validity Index (CVI) bagi menilai kesahan kandungan modul. Kebolehpercayaan modul dianalisis dengan pekali kebolehpercayaan manakala persepsi pelajar terhadap modul dianalisis menggunakan nilai min persepsi. Hasil kajian menunjukkan nilai S-CVI/Ave yang diperoleh bagi 389 item dalam penilaian kesahan kandungan modul adalah 1.00. Seterusnya, nilai Cronbachs Alpha yang diperoleh bagi kebolehpercayaan modul adalah 0.98. Nilai min dan sisihan piawai bagi persepsi pelajar terhadap modul adalah 3.44 dan 0.59 masing-masing. Kesimpulannya nilai pekali kesahan, pekali kebolehpercayaan Cronbachs Alpha dan nilai min persepsi pelajar terhadap modul adalah baik. Implikasinya, penggunaan modul e-pentaksiran untuk MOOC Kimia ini dapat membantu pelajar menjalankan pentaksiran kendiri secara dalam talian, mengukuhkan pemahaman mereka dalam kursus kimia di samping membantu pensyarah mempelbagaikan kaedah pentaksiran.</p>