Pembangunan model kelestarian fesyen GFas-S untuk pengamal fesyen dalam bidang pendidikan fesyen

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Model Kelestarian

Fesyen GFas-S untuk pengamal fesyen dalam bidang pendidikan fesyen. Berdasarkan

teori Tingkah Laku Terancang, Norm Activation Theory dan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8584 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Model Kelestarian

Fesyen GFas-S untuk pengamal fesyen dalam bidang pendidikan fesyen. Berdasarkan

teori Tingkah Laku Terancang, Norm Activation Theory dan Model Peramal Tingkah

laku Bertanggungjawab Terhadap Alam Sekitar, lima konstruk utama kajian dipilih

iaitu, penglibatan fesyen, sikap proalam sekitar, kesedaran terhadap alam sekitar,

tanggungjawab serta norma peribadi terhadap alam sekitar dan penggunaan fesyen

lestari. Dua pemboleh ubah penyederhana terlibat iaitu keagamaan interpersonal dan

keagamaan intrapersonal yang dipilih berdasarkan literatur yang berkaitan. Reka

bentuk kajian ini adalah reka bentuk pembangunan model dan kajian ini menggunakan

SmartPLS untuk mengesahkan model yang akan dibangunkan. Dalam fasa pertama

kajian ini, enam orang pakar telah ditemu bual untuk menentukan konstruk awal model

ini. Fasa kedua pula menggunakan Teknik Fuzzy Delphi (FDM) bagi pengesahan

konstruk dan item model yang melibatkan seramai 17 orang pakar. Fasa seterusnya

melibatkan pengesahan model daripada pelajar Seni Reka Fesyen dan Tekstil (SRFT)

daripada 11 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia iaitu seramai 366

orang dipilih secara rawak berstrata berkadaran daripada populasi seramai 3,872 orang

pelajar. Analisis SmartPLS version 3.0 telah digunakan untuk menentukan kesan

penglibatan fesyen, sikap proalam sekitar, kesedaran terhadap alam sekitar dan

tanggungjawab serta norma peribadi terhadap alam sekitar dengan penggunaan fesyen

yang lestari dan kesan pemboleh ubah penyederhana. Dapatan kajian menunjukkan

terdapat empat elemen penting dalam penggunaan fesyen lestari iaitu tanggungjawab

serta norma peribadi terhadap alam sekitar (M=5.69, SP=0.91), diikuti sikap proalam

sekitar (M=5.43, SP=0.97), kesedaran terhadap alam sekitar (M=5.28, SP=0.89) dan

penglibatan fesyen (M=5.26, SP=1.09). Kajian ini juga menunjukkan terdapat pengaruh

yang signifikan sikap proalam sekitar (=0.481, t=9.077, p<0.05), kesedaran terhadap

alam sekitar (=0.224, t=4.169, p<0.05) dan tanggungjawab serta norma peribadi

terhadap alam sekitar (=0.266, t=4.712, p<0.05) terhadap penggunaan fesyen lestari.

Pemboleh ubah penyederhana pula iaitu keagamaan intrapersonal memberi kesan

terhadap hubungan antara sikap proalam sekitar dengan penggunaan fesyen lestari (=-

0.128, t=2.058, p<0.05). Analisis kekuatan model (R=0.684) menunjukkan

sumbangan pemboleh ubah tidak bersandar telah menyumbang sebanyak 68.4% kepada

penggunaan fesyen yang lestari. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa sikap

proalam, kesedaran alam sekitar, dan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar

merupakan elemen-elemen utama dalam Model Kelestarian Fesyen GFas-S yang

mempengaruhi penggunaan fesyen secara lestari. Dan faktor mediator iaitu keagamaan

intrapersonal mempengaruhi hubungan antara pemboleh ubah utama di dalam model

ini. Implikasinya, Model Kelestarian Fesyen GFas-S boleh digunakan oleh pengamal

fesyen di industri dan sektor pendidikan untuk kelestarian di dalam proses mereka

bentuk fesyen pakaian. Model ini juga boleh diguna pakai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pendidikan fesyen yang menitikberatkan kepada penjagaan alam sekitar.