Variasi kepekatan jumlah sedimen terampai semasa aliran rendah dan aliran tinggi di Hulu Lembangan Sungai Bernam

Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji sejauh mana permasalahan yang berlaku berpunca

daripada pembangunan guna tanah yang pesat, khususnya aktiviti perumahan dan pertanian

di Hulu Lembangan Sungai Bernam. Keadaan in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syazwani Aliah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8589
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji sejauh mana permasalahan yang berlaku berpunca

daripada pembangunan guna tanah yang pesat, khususnya aktiviti perumahan dan pertanian

di Hulu Lembangan Sungai Bernam. Keadaan ini meningkatkan lagi sedimen terampai di

dalam sungai sehingga menjejaskan kualiti air dan warna sungai. Kedua-dua Sungai

Bernam dan Sungai Inki mengalir masuk ke dalam Sungai Bernam di Pekan Tanjong

Malim, Perak. Metodologi kajian melibatkan pencerapan dan pengumpulan data di

lapangan di tiga stesen persampelan dari bulan Oktober 2019 sehingga Ferbruari 2020

sebelum dihantar ke makmal. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan

menggunakan statistik deskriptif merangkumi regresi linear dan Mann-Kendall. Dapatan

daripada ujian Mann-Kendall (S) bagi lebat hujan tahunan dari tahun 1980 sehingga 2018

menunjukkan tren yang meningkat, iaitu sebanyak 67 manakala sedimen terampai tahunan

dari tahun 1978 sehingga 2008 juga menunjukkan tren yang meningkat, iaitu 151. Ketigatiga

stesen menunjukkan kepekatan jumlah sedimen terampai yang tinggi pada 29 Januari

2020 dengan nilai 972.6 mg/L, 2152.4 mg/L dan 1408.2 mg/L masing-masing. Walau

bagaimanapun, perubahan kepekatan sedimen terampai semasa hujan adalah paling tinggi

iaitu sebanyak 2114.2 mg/L di Stesen 1. Hubungan antara luahan dan kedalaman sungai

menunjukkan hubungan yang sangat ketara, iaitu R2 = 0.9 di Stesen 1, R2 = 0.8 di Stesen 2,

dan R2 = 0.8 di Stesen 3, menandakan hubung kait yang kuat antara penghasilan sedimen

terampai dengan perubahan guna tanah yang berlaku di sekitar lembangan ini.

Kesimpulannya, kualiti air di Sungai Bernam mengalami kemerosotan akibat daripada

proses sedimentasi dan ketidakseimbangan pembangunan di sekitar lembangannya.

Implikasi kajian analisis ini penting dalam konteks pengurusan sungai dan sumber air.

Justeru itu, pihak bertanggungjawab dalam isu pengurusan sumber air dan sungai perlu

memberikan perhatian yang sewajarnya supaya krisis pencemaran air yang disebabkan

oleh sedimen terampai dapat dikurangkan, terutamanya kepada penduduk.