Penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran kosa kata Bahasa Cina dalam kalangan murid tahun tiga di sekolah kebangsaan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknologi multimedia

terhadap pencapaian, minat dan motivasi murid-murid terhadap pembelajaran kosa kata Bahasa Cina

dalam kalangan murid Tahun 3 di sekola...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Lai, Siew Chin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8685
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknologi multimedia

terhadap pencapaian, minat dan motivasi murid-murid terhadap pembelajaran kosa kata Bahasa Cina

dalam kalangan murid Tahun 3 di sekolah kebangsaan. Pendekatan kuantitatif, iaitu reka bentuk kuasi

eksperimen digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian terdiri daripada 69 orang murid-murid Tahun 3

di sekolah kebangsaan di dua buah sekolah di Kuala Lumpur. Kumpulan kawalan terdiri daripada 32

orang murid- murid yang diajar dengan cara konvensional manakala kumpulan rawatan terdiri daripada

37 orang murid-murid yang diajar dengan cara penggunaan teknologi multimedia. Dua jenis instrumen

kajian digunakan iaitu ujian pencapaian dan soal selidik. Ujian pra dan ujian pasca telah

dijalankan kepada keduadua kumpulan. Soal selidik dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap minat dan

motivasi murid sebelum dan selepas rawatan. Data dianalisis dengan kaedah inferensi, iaitu ujian-t.

Pengujian statistik ujian-t menunjukkan peningkatan pencapaian yang signifikan iaitu t (67) = -

11.352 (p = 0.00). Penggunaan teknologi multimedia turut menunjukkan peningkatan secara signifikan

terhadap minat iaitu dengan nilai t (36) =-5.160, p < .05 dan peningkatan signifakan terhadap

motivasi murid iaitu t (36) = -4.015, p < .05 dalam soalan pra dan pasca untuk kumpulan rawatan.

Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi multimedia dapat memberikan kesan

positif terhadap pencapaian, minat dan motivasi murid-murid dalam pembelajaran kosa kata bahasa

Cina. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa penggunaan teknologi multimedia dalam

pembelajaran dan pengajaran kosa kata seharusnya dipertingkatkan dalam kalangan guru untuk menjamin pembelajaran yang lebih berkesan.