Unsur akaththin: ai dalam novel M.Varatharasan

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti serta menganalisis unsur akaththin:ai dan membandingkan corak kehidupan watak dalam novel M.Varatharasan dengan watak dalam karya zaman cangkam (500 Sebelum Masihi 200 Masihi) mengikut unsur akaththin:ai dalam tiga buah novel M. Varatharasan. Kaj...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: S. Nagarani Simanchalam
格式: thesis
语言:tam
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8686
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti serta menganalisis unsur akaththin:ai dan membandingkan corak kehidupan watak dalam novel M.Varatharasan dengan watak dalam karya zaman cangkam (500 Sebelum Masihi 200 Masihi) mengikut unsur akaththin:ai dalam tiga buah novel M. Varatharasan. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori akaththin:ai yang dipelapori oleh Tholka:piar dalam zaman cangkam. Unsur akaththin:ai menerangkan kehidupan masyarakat Tamil di kawasan kutinjci (gunung), mullai (hutan), marutham (sawah), nheythal (pantai dan laut), pa:lai (gurun) berdasarkan kepada tiga ciri seperti mutalporul (musim dan waktu), karupporul (fauna dan flora) dan uriporul (cinta dan kasih sayang). Ciri Uriporul menerangkan amalan dan kegiatan manusia dari aspek cinta dan kasih sayang seperti perjumpaan, perkampungan, merajuk, menanti-nantikan, perpisahan, percintaan sehala dan percintaan tidak mengikut umur. Kajian ini hanya memfokuskan ciri uriporul (cinta dan kasih sayang) sahaja. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanyak 20 ciri uriporul masing-masing 11 dalam novel Sentha:marai, enam dalam novel Kal:l:o Ka:viyamo: dan tiga dalam novel Kariththun:tu. Selain itu, pemikiran serta corak kehidupan watak-watak dalam novel M.Varatharasan dan watak-watak dalam karya zaman cangkam adalah hampir sama berdasarkan teori akaththin:ai. Kesimpulannya, amalan kehidupan si teruna dan si gadis dalam zaman cangkam masih dapat digambarkan dalam novel-novel zaman moden seperti dalam novel M. Varatharasan. Implikasinya, unsur akaththin:ai zaman cangkam boleh dijadikan panduan dalam menghasilkan karya-karya prosa moden.</p>