Kesan modul pembelajaran terarah kendiri terhadap pencapaian pelajar tingkatan empat bagi tajuk penulisan karangan fakta Bahasa Melayu

Kajian ini bertujuan menentukan kesan modul pembelajaran terarah kendiri terhadap

pencapaian pelajar tingkatan empat bagi tajuk penulisan karangan fakta Bahasa

Melayu. Model Brockett dan Hiemstra serta Torres diguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazrin Abu Bakar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8687
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menentukan kesan modul pembelajaran terarah kendiri terhadap

pencapaian pelajar tingkatan empat bagi tajuk penulisan karangan fakta Bahasa

Melayu. Model Brockett dan Hiemstra serta Torres digunakan dalam kajian ini untuk

menerangkan konsep pembelajaran terarah kendiri yang mengandungi lima elemen

iaitu tanggungjawab dan motivasi, persediaan, faktor persekitaran, sokongan dan

ganjaran serta gaya pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka

bentuk kuasi eksperimen. Pembangunan modul pula menggunakan model lima fasa

Needham. Sampel murid untuk kajian kuasi eksperimen ialah 159 orang pelajar yang

telah dipilih secara pensampelan rawak kluster daripada lima buah sekolah menengah

(A E) di daerah Sabak Bernam. Untuk kajian kualitatif, dua orang murid daripada

setiap sekolah dipilih untuk dinilai karangan mereka secara terperinci. Instrumen

kajian terdiri daripada ujian (pra dan pos) dan soal selidik. Lima orang pakar telah

mengesahkan instrumen dan nilai kebolehpercayaan untuk ujian pra dan pos

mengunakan pekali Alfa Cronbach adalah = 0.83 dan 0.85. Untuk soal selidik, nilai

pekali Alfa Cronbach untuk konstruk gaya pembelajaran terarah kendiri dan konstruk

kebolehan kognitif adalah = 0.70 dan 0.72. Data kuantitatif telah dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratusan, min,

sisihan piawai dan ujian-t. Data kualitatif pula telah dianalisis menggunakan analisis

tematik. Dapatan utama menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian

pra dan pos untuk kelima-lima sekolah setelah rawatan dijalankan: Sekolah A [t (32) =

-15.0; p< 0.05], Sekolah B [t (31) = -14.1; p< 0.05], Sekolah C [t (31) = -14.0; p<

0.05], Sekolah D [t (30) = -15.1; p< 0.05 dan Sekolah E [t (30) = -14.9; p< 0.05].

Analisis kualitatif menunjukkan karangan pelajar bertambah baik daripada aspek isi,

bahasa dan pengolahan. Namun kelemahan utama pelajar adalah daripada konteks

tatabahasa terutama dalam aspek pengimbuhan. Kesimpulannya, data utama kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian penulisan

karangan fakta murid selepas rawatan dijalankan terutama dalam aspek pengingkatan

kualiti isi, bahasa, dan pengolahan. Namun terdapat kelemahan murid yang ketara

yang perlu penambahbaikan adalah daripada aspek pengimbuhan. Impikasi kajian

menunjukkan modul pembelajaran terarah kendiri untuk pelajar tingkatan empat bagi

tajuk penulisan karangan fakta Bahasa Melayu adalah berkesan dan boleh diguna

pakai di sekolah-sekolah lain di Malaysia.