Kompetensi guru pelatih ISMP Pendidikan Islam dalam melaksanakan elemen kemahiran belajar dan inovasi pendidikan abad ke-21

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pedagogi guru pelatih,

tahap pengetahuan, dan pelaksanaan kemahiran belajar dan inovasi oleh guru pelatih

serta hubungannya. Kajian ini menggunakan kerangka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Fatin Nabihah Burhanuddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8693
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pedagogi guru pelatih,

tahap pengetahuan, dan pelaksanaan kemahiran belajar dan inovasi oleh guru pelatih

serta hubungannya. Kajian ini menggunakan kerangka Partnership 21st Century Skills

dan Kerangka Standard Asas Pendidikan Abad Ke-21 yang dibangunkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melihat elemen kemahiran belajar dan

inovasi yang terdiri daripada elemen komunikasi, kolaborasi, kreativiti, pemikiran

kritikal dan nilai murni. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi

pengedaran soal selidik kepada seramai 132 orang mahasiswa semester 8 daripada

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Bangi

(IPGMKPI) yang dipilih secara rawak. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan

inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, dan korelasi Pearson. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan elemen kemahiran

belajar dan inovasi guru pelatih berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min

bagi elemen komunikasi 4.20 (s.p: 0.431), elemen kolaborasi 4.47 (s.p: 0.427), elemen

kreativiti 4.56 (s.p: 0.442), elemen pemikiran kritikal 4.40 (s.p: 0.471) dan elemen

nilai murni 4.58 (s.p: 0.440). Manakala dapatan bagi tahap pelaksanaan elemen

kemahiran belajar dan inovasi juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min elemen

komunikasi 4.15 (s.p: 0.591 ), elemen kolaborasi 4.21 (s.p: 0.558), elemen kreativiti

4.24 (s.p: 0.563), elemen pemikiran kritikal 4.18 (s.p: 0.571) dan elemen nilai murni

4.49 (s.p: 0.462). Analisis korelasi pula menunjukkan tahap pengetahuan dan

pelaksanaan elemen kemahiran belajar dan inovasi oleh guru pelatih mempunyai

hubungan yang signifikan (r=.719, p<0.01). Kesimpulannya, guru pelatih ISMP

Pendidikan Islam daripada ketiga-tiga institusi ini mempunyai tahap kesediaan yang

tinggi dari segi pengetahuan dan mempunyai keupayaan yang baik untuk melaksanakan

kesemua elemen kemahiran belajar dan inovasi semasa latihan mengajar. Implikasi

kajian menunjukkan bahawa guru pelatih perlu menguasai kesemua elemen kemahiran

pendidikan abad ke-21 supaya memenuhi ciri-ciri guru abad ke-21, sekali gus

menghasilkan pelajar yang memenuhi standard global.