Amalan pembelajaran pelajar tahfiz model Ulul Albab (TMUA) di Negeri Selangor

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar TMUA sebelum,

semasa dan selepas menghafaz al-Quran, menganalisis perbezaan perlaksanaan

amalan murajaah berdasarkan demografi serta mengkaji hubunga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norafidah Md Yusup
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8700
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar TMUA sebelum,

semasa dan selepas menghafaz al-Quran, menganalisis perbezaan perlaksanaan

amalan murajaah berdasarkan demografi serta mengkaji hubungan amalan murajaah

dengan pencapaian hafazan al-Quran pelajar berdasarkan teori al-Qabisi. Kajian ini

menggunakan kaedah kuantitatif menerusi pengedaran soal selidik kepada seramai

230 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan dua dan empat yang dipilih secara

rawak daripada sebuah sekolah berasrama penuh beraliran Tahfiz Model Ulul Albab

di Selangor. Soal selidik dengan skala likert lima mata telah digunakan dan data

kajian telah dianalisis secara deskriptif menerusi min, ujian-T dan korelasi Pearson.

Dapatan menunjukkan nilai min tahap persediaan pelajar sebelum dan semasa

menghafaz al-Quran berada pada tahap tinggi iaitu min 2.77 (.428) dan 2.70 (.468).

Manakala dapatan kesediaan pelajar selepas menghafaz al-Quran melalui amalan

murajaah juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min 2.22 (.540). Analisis ujian-

T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=2.06, p<0.05) pada tahap

perlaksanaan amalan murajaah berdasarkan jantina, apabila pelajar perempuan

mempunyai tahap perlaksanaan amalan murajaah lebih tinggi berbanding pelajar

lelaki dengan nilai min 3.39 (.65). Hubungan signifikan yang positif di antara amalan

murajaah dengan pencapaian hafazan pelajar (r=0.798, p<0.01) turut diperoleh

melalui korelasi Pearson. Ini bermaksud amalan murajaah yang dilaksanakan dapat

meningkatkan pencapaian hafazan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

murid-murid mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dan keupayaan yang baik

untuk melaksanakan amalan murajaah. Kajian ini memberi implikasi bahawa

persediaan sebelum, semasa menghafaz al-Quran dan perlaksanaan amalan murajaah

ternyata memberi kesan positif pada pencapaian hafazan pelajar secara keseluruhan.

Oleh itu, amalan murajaah yang dilakukan perlu diteruskan secara konsisten bagi

memberi impak yang positif terhadap pencapaian hafazan pelajar.