Keberkesanan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran Bahasa Arab untuk Kewangan Islam di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

Kajian ini mengkaji keberkesanan pelaksanaan pendekatan pembelajaran berpusatkan

pelajar dalam sesi PdPc terhadap minat dan tahap penguasaan akademik pelajar yang

mengikuti kursus Bahasa Arab untuk Kewangan Islam di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Zahidah Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8717
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini mengkaji keberkesanan pelaksanaan pendekatan pembelajaran berpusatkan

pelajar dalam sesi PdPc terhadap minat dan tahap penguasaan akademik pelajar yang

mengikuti kursus Bahasa Arab untuk Kewangan Islam di empat buah Institut Pengajian

Tinggi di Malaysia. Penyelidikan dalam bidang BAUKI dilihat masih baru di Malaysia

khususnya melibatkan skop pendidikan. Oleh yang demikian, kajian keberkesanan

dalam PdPc ini dilihat sebagai satu keperluan selain dapat memanfaatkan sistem

pendidikan negara. Gabungan reka bentuk deskriptif dan eksperimen kuasi dipilih

berdasarkan teknik praujian dan pascaujian dengan menggunakan gabungan kaedah

kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Seramai 57 responden telah dipilih

melalui kaedah persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu

kumpulan eksperimen (30 orang) dan kumpulan kawalan (27 orang). Borang soal

selidik digunakan bagi mengumpul data kuantitatif. Manakala pengumpulan data

kualitatif dijalankan menerusi sesi temu bual separa struktur terhadap empat orang

responden, pemerhatian lapangan, dan bukti dokumen. Pelajar dalam kumpulan

eksperimen didedahkan dengan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP)

manakala pelajar dalam kumpulan kawalan didedahkan dengan pendekatan

pembelajaran berpusatkan pensyarah (PBG). Dua set soalan iaitu pra dan pascaujian

telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan PBP dan PBG ke atas minat pelajar

dianalisis menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian

soal selidik menunjukkan bahawa pendekatan PBP adalah berkesan dalam

meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran berbanding pendekatan PBG dalam

kursus tersebut. Kajian juga mendapati bahawa PBP dan PBG mempunyai hubungan

signifikan dengan prestasi pelajar. Terdapat korelasi yang kuat antara minat dan prestasi

mereka yang didedahkan dengan PBP dalam PdPc kursus Bahasa Arab untuk

Kewangan Islam/Muamalat (BAUKI/BAUM). Selain itu, berdasarkan hasil temu bual

dan pemerhatian lapangan didapati bahawa pelajar lebih bersikap proaktif dalam sesi

pembelajaran. Secara keseluruhannya, pendekatan PBP adalah berkesan digunakan

dalam sesi PdPc kursus ini dalam kalangan pelajar ISM Kewangan Islam dan ISM

Muamalat. Pendekatan PBP yang bercirikan PAK21 dan trend Pendidikan 4.0 seperti

perbincangan, penyoalan, lakon peranan, sumbang saran, penyelesaian masalah dan

aktiviti berkumpulan didapati mampu meningkatkan minat dan penguasaan mereka

untuk belajar kursus ini berbanding pendekatan pembelajaran konvensional. Kajian

lanjutan yang komprehensif wajar dijalankan bagi menguji konstruk-konstruk yang

berpotensi memberi pengaruh terhadap PdPc kursus bahasa untuk tujuan khusus

(BUTK) yang lain.