Kemuluranisme sebagai konsep nasionalisme dalam pengkaryaan muzik Orkestra Tradisional Malaysia

Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ialah sebuah orkestra yang menggabungkan alat

muzik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. OTM

mempersembahkan gubahan muzik baharu yang diilhamkandar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahizal Abu Bakar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8718
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ialah sebuah orkestra yang menggabungkan alat

muzik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. OTM

mempersembahkan gubahan muzik baharu yang diilhamkandaripada muzik kumpulan

etnik ini. Dalam pembinaan satu bangsa, Malaysia menubuhkan OTM untuk mewakili negara baharu dengan identiti nasional yang bersatu. Persembahan muzikal OTM bertujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat

berbilang budaya di Malaysia. Tradisi muzik Malaysia yang pelbagai telah mencabar

komposer, pemuzik dan konduktor OTM dalam penghasilan gubahan muzik untuk persembahannya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk: (a) menganalisis bagaimana kepelbagaian muzik tempatan Malaysia diintegrasikan ke dalam gubahan muzik OTM (b) mengkaji pemilihan lagu, alat muzik, dan program persembahan yang bertujuan

untuk membangkitkan nasionalisme (c) mengenal pasti penyelesaian OTM terhadap isu mengadaptasi kepelbagaian talaan, gaya muzik dan ciri-ciri alat muzik dan muzik Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan metodologi kualitatif yang memfokuskan

kepada etnografi. Data dikumpul dan dianalisis melalui pemerhatian temu bual separa berstruktur dengan tujuh informan terpilih berserta bahan audiovisual, temu bual yang dianalisis secara berterusan menggunakan kaedah analisis interaktif. Saya berhujah bahawa kemuluranisme (fleksibiliti) tersendiri adalah konsep "nasionalisme" yang

wujud di kalangan pemuzik, komposer dan konduktordalam pembinaan persekitaran

pembangunan gubahan muzik yang diilhamkan oleh muzik masyarakat berbilang

budaya di Malaysia.