Teater hiper realiti sebagai kesan penentangan pengarah teater terhadap bentuk realisme dan struktur tanda tuntas

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji teater hiperealiti sebagai kesan penentangan pengarah teater terhadap bentuk teater realisme dan struktur tanda tuntas. Teater hiperealiti merujuk kepada penghasilan tanda pada sistem tanda teater yang melampaui batas tanda realiti, bentuk rea...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Shuradi Haji Nor Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8733
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji teater hiperealiti sebagai kesan penentangan pengarah teater terhadap bentuk teater realisme dan struktur tanda tuntas. Teater hiperealiti merujuk kepada penghasilan tanda pada sistem tanda teater yang melampaui batas tanda realiti, bentuk realisme dan struktur tanda tuntas pada karya pengarahan teater masakini. Kajian ini mengaplikasikan teori hipersemiotika Pilliang dan sistem tanda teater Whitmore untuk menjustifikasikan karya persembahan teater yang melampaui tanda realiti, bentuk realisme dan struktur tanda tuntas. Teori hipersemiotika adalah relevan dalam konteks menilai tanda-tanda secara melampaui batas tanda realiti dalam karya teater. Teori sistem tanda Whitmore pula merujuk kepada aspek penilaian komponen sistem tanda pelakon, sistem tanda visual pentas dan sistem tanda audio yang membentuk struktur sesebuah persembahan teater. Kajian kes ini menggunakan kaedah pemerhatian tidak berstruktur untuk menjawab persoalan kajian. Penyelidik telah memilih tiga pengarah, iaitu Namron, Wan dan Dinsman sebagai informan yang prolifik menghasilkan karya avant-garde mengikut stail eksperimentasi tersendiri. Pemilihan ketiga pengarah ini turut berdasarkan kepada perbezaan gaya genre teater yang dihasilkan oleh pengarah Namron menerusi gaya genre drama sosiopolitik, pengarah Wan ke arah gaya genre drama masyarakat manakala pengarah Dinsman dengan gaya drama politik sehingga membentuk idiosintraktik pengarahan mereka. Kajian ini menganalisis karya teater bertajuk Teater Kompilasi Lembu dan Mat Deris Kola Perlis (TeKLMK) oleh Namron, Tepuk Amai-Amai (TAA) oleh Wan dan Teater di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara (TeSMUD) oleh Dinsman yang dihasilkan melalui pimpinan pengarahan mereka. Pemilhan karya ini adalah berdasarkan kepada struktur tanda yang mengandungi elemen hiperealiti. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis tematik melalui pola tanda lakonan, tanda set pentas, tanda komposisi pencahayaan, tanda busana, tanda bunyi, serta tanda kehidupan watak yang terdapat dalam sistem tanda teater TeKLMK, TAA dan TeSMUD. Dapatan kajian menunjukkan tema utama iaitu gaya diakronik dalam pengarahan pada sistem tanda TeKLMK, TAA dan TeSMUD telah membentuk tanda hiper iaitu tanda palsu, tanda dusta, tanda daur ulang dan tanda ekstrem sehingga mempengaruhi pembentukan teater hiperrealiti. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tanda hiper tercetus ekoran penerapan konsep skizofrenia, konsep pastiche, konsep sensory modality sound dan konsep hipermoraliti sehingga menimbulkan krisis representasi realiti dalam sistem tanda teater TeKLMK, TAA dan TeSMUD. Sebagai kesimpulan, dapatan utama kajian telah menunjukkan bahawa pengarah teater yang dikaji tidak lagi mematuhi gaya realisme, sinkronik, konvensional dan malahan bebas menghasilkan tanda secara diakronik bagi membentuk karya teater secara dinamik. Implikasi dari kajian ini merupakan satu kerangka baharu sistem tanda diakronik dicadangkan untuk menjadi panduan kepada pemegang taruh yang berminat dalam seni persembahan teater hiperealiti.</p><p></p>