Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kurikulum mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) bagi sekolah menengah harian di Negeri Kelantan

<p>Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kurikulum mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) bagi sekolah menengah harian di Negeri Kelantan untuk memgemukakan cadangan penambah baik dalam pelaksanaan PBD kepada guru dan murid mata pelajaran...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Asimah Zakaria
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8734
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kurikulum mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) bagi sekolah menengah harian di Negeri Kelantan untuk memgemukakan cadangan penambah baik dalam pelaksanaan PBD kepada guru dan murid mata pelajaran SRT. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model Stake Countenance (1967) yang berorientasikan pelanggan melibatkan tiga komponen iaitu komponen input, proses dan hasil jangka pendek. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS Window versi 24.0 di mana analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi Regresi Berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru dan murid mata pelajaran SRT hampir berjaya secara keseluruhannya. Ini berdasarkan analisis kajian yang menunjukkan tahap hasil jangka pendek pelaksanaan PBD iaitu peningkatan pengetahuan dan peningkatan kemahiran guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala, pembentukan sikap positif murid berada pada tahap yang sangat tinggi. Penilaian input menunjukan bahawa tahap pengetahuan Standard Prestasi, Aras Taksonomi Bloom, JSU, kaedah pemarkahan dan etika penilaian adalah tinggi begitu juga dengan tahap input pengetahuan dan kefahaman murid juga tinggi. Bagi penilaian tahap proses aktiviti pelaksanaan PBD guru menunjukan bahawa tahap aktiviti membuat perancangan, mentadbir ujian dan membuat perekodan serta pelaporan adalah sangat tinggi, manakala aktiviti menganalisis evidens dan mengaplikasimaklumat pentaksiran adalah tinggi. Bagi proses tanggungjawab murid menunjukkan tahap yang sangat tinggi. Analisis Regresi Berganda mendapati terdapat satu variabel bebas yang menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dan peningkatan kemahiran guru serta tiga faktor penyumbang kepada pembentukan sikap positif murid terhadap pelaksanaan PBD.</p>