Pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap kebarangkalian mengulangi lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap

kebarangkalian lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah,

Pulau Pangkor. Oleh itu, kajian ini menggunakan Kae...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8737 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap

kebarangkalian lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah,

Pulau Pangkor. Oleh itu, kajian ini menggunakan Kaedah Kos Perjalanan Individu

(ITCM) sebagai alat untuk mengira nilai ekonomi kawasan pelancongan pinggir

pantai berdasarkan perbelanjaan individu pelancong. Dengan menggunakan

pensampelan bertujuan, sebanyak 168 soal selidik diedarkan dalam kalangan

pelancong tempatan yang telah bermalam di Pulau Pangkor pada 23 hingga 27

Disember 2017. Penggunaan model kajian diadaptasi daripada kajian Raziah (2003)

yang mana model sebelum ini adalah daripada Jamal & Redzuan (1997). Namun

dalam kajian ini, terdapat beberapa item pembolehubah yang ditambah seperti kos

cenderamata, kos internet, kos telefon dan kos perbelanjaan rekreasi. Ordinary Least

Square (OLS), min dan analisis logistik dikira untuk mendapatkan kos jumlah

perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan. Nilai R2 menunjukkan 98.8%

perubahan dalam kos yang dianggar boleh dijelaskan oleh kos perjalanan. Analisis

logistik menunjukkan bahawa pembolehubah seperti jumlah kos 842. 0 1 dan

pendapatan 720. 0 2 adalah faktor penentu pengaruh utama dan ketara

menjejaskan kebarangkalian lawatan ke pantai Teluk Nipah. Kesimpulannya,

penemuan ini juga menyokong hubungan negatif antara jumlah kos dan

kebarangkalian lawatan. Oleh itu, jika jumlah kos (TC) berkurangan, kebarangkalian

lawatan individu akan meningkat pada masa akan datang. Keputusan analisis

menunjukkan kebarangkalian lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai

Teluk Nipah adalah 82.4 %. Walau bagaimanapun, umur ( 0.030) 3 bukanlah faktor

pengaruh utama dalam menentukan kebarangkalian lawatan ke pantai Teluk Nipah.

Implikasi kajian menunjukkan bahawa pihak berkuasa tempatan harus memainkan

peranan dalam menyediakan pakej harga pelancongan yang berpatutan agar

pelancong dapat membuat lawatan ulangan ke Pulau Pangkor pada masa akan datang.