Kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi

<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi iaitu Nutri-Score dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norsaliza Sabu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8743
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi iaitu Nutri-Score dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masalah. Koswer multimedia interaktif ini telah dibangunkan berdasarkan dapatan analisis keperluan kajian terhadap topik-topik Biologi Tingkatan Empat yang dianggap sukar dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi. Kaedah persampelan kelompok empat tahap digunakan untuk menentukan negeri-negeri di zon utara, daerah, sekolah dan pelajar. Seramai 181 orang responden tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu masing-masing dua buah dari Kedah dan Pulau Pinang. Responden kumpulan rawatan (n=90) dan kumpulan kawalan (n=91) diagihkan kepada kumpulan prestasi tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada untuk mengkaji kesan kaedah pembelajaran terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan asas Biologi (Ujian Kemasukan), set soalan Nutrisi (ujian pra dan ujian pasca) dan soal selidik Tahap Kompetensi Literasi Komputer. Data dianalisis menggunakan ujian Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA). Dapatan menunjukkan terdapat kesan yang signifikan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masalah bagi responden yang menggunakan Nutri-Score berbanding yang belajar secara tradisional [F(3,179)=20.52, p<.05]. Perbezaan yang signifikan ditunjukkan oleh responden yang menggunakan Nutri-Score dari kumpulan prestasi tinggi [F (3, 44)=9.89, p<.05] dan kumpulan prestasi sederhana [F(3,76)=8.68, p<.05] dalam kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan serta kemahiran membanding dan membeza. Kesimpulannya, penggunaan koswer multimedia interaktif yang menampilkan ejen pedagogi adalah berkesan terhadap peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan serta kemahiran membanding dan membeza. Implikasi kajian ini menunjukkan koswer Nutri-Score boleh digunakan oleh guru-guru sekolah menengah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Penggunaan koswer Nutri-Score juga perlu diperluaskan kepada topik-topik lain dalam Biologi.</p>