Pendekatan multimodiliti terhadap interaksi bahasa dan imej dalam kartun Usik-Usik

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan pendekatan multimodaliti melalui mod

linguistik dan mod visual terhadap interaksi bahasa dan imej dalam kartun Usik-Usik,

di samping merumuskan isu-isu pendidikan di dalamnya d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Izzati Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8757
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan pendekatan multimodaliti melalui mod

linguistik dan mod visual terhadap interaksi bahasa dan imej dalam kartun Usik-Usik,

di samping merumuskan isu-isu pendidikan di dalamnya dan mengesyorkan langkahlangkah

untuk mengatasinya. Reka bentuk penyelidikan kualitatif telah dipilih untuk

menganalisis kandungan teks multimodaliti kartun. Untuk tujuan ini, dua teori

digabungkan iaitu teori Sistemik Fungsional Linguistik yang diperkenalkan oleh

Halliday untuk menganalisis mod linguistik dan pendekatan visual semiotik sosial

yang digagaskan oleh Kress dan van Leeuwen untuk menganalisis mod visual. Data

kajian yang mengandungi sebanyak 50 ilustrasi kartun diperoleh daripada buku kartun

Usik-Usik (Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan). Dapatan kajian menunjukkan bahawa

teks bahasa merupakan mod linguistik yang bertindak sebagai elemen multimodaliti

yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada mod visual yang terdapat pada karya

kartun. Strategi kartunis membina representasi naratif dan representasi konseptual di

bawah mod visual telah dapat mewakili objek dan menggambarkan hubungannya

dengan dunia pendidikan serta merangsang pengalaman fizikal melalui interaksi visual.

Sebagai kesimpulan, peranan mod linguistik adalah untuk menyediakan konteks dalam

karya kartun sebagai maklumat tambahan supaya pembaca dapat memahami mesej

yang hendak disampaikan dengan lebih jelas dan mendalam. Isu-isu dalam dunia

pendidikan akan dapat ditangani hanya melalui pelibatan daripada pelbagai pihak yang

berkaitan. Penggubal dasar perlu memahami dan mendalami pelbagai masalah dunia

pendidikan kerana mengubah pendidik tanpa mengubah dasar pendidikan tidak akan

mendatangkan kesan yang ketara dalam sistem pendidikan sedia ada. Implikasi kajian

menunjukkan bahawa pengintegrasian teori mampu memberi alternatif pendekatan

yang boleh digunakan dalam menganalisis multimodaliti kartun.