Pembangunan dan kebolehgunaan Bio-Pal Handbook: Coordination dalam kalangan fasilitator Peer Assisted Learning Biologi matrikulasi

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan manual fasilitator

iaitu Bio-PAL Handbook: Coordination sebagai alternatif untuk meningkatkan

kompetensi fasilitator dalam mengendalikan sesi Peer Assis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norshahfizah Abdul Shukor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8767
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan manual fasilitator

iaitu Bio-PAL Handbook: Coordination sebagai alternatif untuk meningkatkan

kompetensi fasilitator dalam mengendalikan sesi Peer Assisted Learning (PAL).

Manual ini dibangunkan untuk fasilitator kursus Biologi bagi topik Koordinasi bagi

Program Matrikulasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan

berpandukan Model ADDIE. Nilai kesahan ditentukan melalui indeks kesahan

kandungan (CVI) dan kaedah peratusan. Nilai kebolehpercayaan manual pula

diperolehi melalui kajian rintis yang dijalankan ke atas 30 orang responden. Seramai

52 orang fasilitator PAL Biologi terlibat dalam kajian sebenar bagi menguji

kebolehgunaan manual yang dibangunkan. Kajian mendapati nilai CVI bagi item I-CVI

dan S-CVI kedua-duanya adalah menghampiri 1.00 dengan nilai peratusan iaitu 94.5%.

Nilai ini menunjukkan kesahan yang sangat baik bagi Bio-PAL Handbook:

Coordination. Kebolehpercayaan Bio-PAL Handbook: Coordination juga didapati

sangat baik dengan nilai pekali Alpha Cronbach iaitu 0.81. Tahap kebolehgunaan Bio-

PAL Handbook: Coordination pula turut mendapat nilai min keseluruhan yang sangat

tinggi (4.32) berdasarkan min bagi tiga konstruk iaitu keberkesanan (4.34), kecekapan

(4.35) dan kepuasan (4.28). Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan satu

manual fasilitator PAL bagi topik Koordinasi dengan tahap kebolehgunaan yang sangat

tinggi. Implikasinya, Bio-PAL Handbook: Coordination dapat membantu

meningkatkan kompetensi fasilitator Biologi dalam mengendalikan sesi PAL bagi topik

Koordinasi.