Kecerdasan Menghadapi Kesukaran (Adversity Quotient) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di Negeri Perak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti tahap Kecerdasan

Menghadapi Kesukaran (KMK) Guru Pendidikan Islam dalam menjalankan tugas

seharian mereka iaitu tekanan kerja dan beban tugas berdasarkan lima d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusaini Bakir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8777
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti tahap Kecerdasan

Menghadapi Kesukaran (KMK) Guru Pendidikan Islam dalam menjalankan tugas

seharian mereka iaitu tekanan kerja dan beban tugas berdasarkan lima domain

kecerdasan iaitu fizikal, mental, spiritual, emosional dan interpersonal. Kajian ini

dijalankan menggunakan kaedah tinjauan semasa terhadap 312 orang Guru

Pendidikan Islam di negeri Perak menggunakan soal selidik dan temubual. Data ini

dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan

bahawa tahap Kecerdasan Menghadapi Kesukaran (KMK) dalam kalangan Guru

Pendidikan Islam di negeri Perak adalah tinggi (min = 4.40, s.p = 0.540). Kajian

juga mendapati tahap kesedaran tentang kewujudan kesukaran juga tinggi (min =

4.23, s.p = 0.455). Selain itu, tahap persediaan adalah tinggi (min = 4.06, s.p = 0.562)

sementara berkaitan kecenderungan Guru Pendidikan Islam dalam aspek tindakan

dalam menghadapi kesukaran, kajian mendapati pada tahap tinggi ( min = 3.98, s.p =

0.641) . Kajian juga mendapati terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi

Kecerdasan Guru Pendidikan Islam dalam menghadapi kesukaran iaitu (min = 4.46,

s.p = 0.580). Dalam pada itu, kajian mendapati tidak wujud perbezaan antara

Kecerdasan Menghadapi Kesukaran (KMK) Guru Pendidikan Islam dengan faktorfaktor

jantina, pengalaman dan ikhtisas manakala dalam aspek amalan doa, rasional,

kesabaran dan sifat amanah, terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan Guru

Pendidikan Islam. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa tahap Kecerdasan

Menghadapi Kesukaran (KMK) Guru Pendidikan Islam adalah tinggi ketika

melaksanakan tugas sekalipun berhadapan pelbagai kesukaran dan cabaran.

Implikasi kajian ini kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Negeri dan Guru Pendidikan Islam turut dibincangkan.