Pembinaan aplikasi mudah alih ARcell bagi tajuk struktur sel dan organel untuk Biologi tingkatan 6

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi

mudah alih augmentasi realiti bagi topik Struktur Sel dan Organel yang dinamakan

sebagai ARcell. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah ka...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8778 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi

mudah alih augmentasi realiti bagi topik Struktur Sel dan Organel yang dinamakan

sebagai ARcell. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian pembangunan.

Pembangunan aplikasi mudah alih ARcell ini adalah berdasarkan Model ADDIE

dengan integrasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran

Kognitif Multimedia Mayer. Kesahan aplikasi mudah alih ARcell ditentukan oleh

pakar manakala kebolehpercayaan ditentukan berdasarkan kajian rintis.

Kebolehgunaan aplikasi mudah alih ARcell ini ditentukan melalui perspektif 101

pelajar tingkatan enam yang dipilih secara rawak dari tiga sekolah berbeza di

Melaka. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian

menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih ARcell mempunyai kesahan yang baik

dari aspek isi kandungan (S-CVI=1.00), aspek teknikal (S-CVI=0.97) dan juga

mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Alpha Cronbach 0.94

daripada perspektif pelajar dan 0.97 daripada perspektif guru. Aplikasi mudah alih

ARcell juga mempunyai kebolehgunaan yang baik dari aspek reka bentuk, fungsi,

kemudahan penggunaan, kebolehbelajaran, kepuasan, penggunaan masa hadapan

dan kebolehpercayaan sistem dengan nilai purata min yang tinggi iaitu 3.94.

Kesimpulannya, aplikasi mudah alih ARcell mempunyai kesahan, kebolehpercayaan

serta kebolehgunaan yang baik untuk digunakan dalam pembelajaran biologi

tingkatan enam bagi topik Struktur Sel dan Organel. Implikasi kajian ini

menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih ARcell dapat digunakan sebagai bahan

bantu mengajar tambahan dan berpotensi menjadi pemangkin kepada pendekatan

pembelajaran bersifat global yang baharu di Malaysia.