Analisis masalah, cara penyelesaian dan pembinaan model dalam penulisan Bahasa Tamil murid tahun 5 SJK (Tamil)
<p>Kajian ini bertujuan menganalisis masalah, cara penyelesaian dan pembinaan model dalam penulisan Bahasa Tamil murid tahun 5 SJK (Tamil). Kajian ini menggunakan Model CALLA yang merangkumi elemen-elemen dan ciri-ciri yang berkait tanggungjawab guru dan murid serta pembelajaran bahasa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8811 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan menganalisis masalah, cara penyelesaian dan pembinaan model dalam penulisan Bahasa Tamil murid tahun 5 SJK (Tamil). Kajian ini menggunakan Model CALLA yang merangkumi elemen-elemen dan ciri-ciri yang berkait tanggungjawab guru dan murid serta pembelajaran bahasa untuk mengkaji masalah dalam penulisan Bahasa Tamil murid tahun 5. Selain itu, tiga teori pembelajaran bahasa, iaitu teori konstruktif yang menekankan pengetahuan sedia ada, teori kognitif yang menekankan unsur dalaman dan teori behavioristik yang menekankan sikap digunakan dalam mengkaji masalah penulisan murid tahun 5. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 5 orang guru, 30 orang murid dan 5 orang ibu bapa tahun lima di 5 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Daerah Manjung, Negeri Perak. Temu bual, pemerhatian serta analisis dokumen sebagai instrumen kajian dianalisis secara kualitatif. Data kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil dapatan kajian temu bual menunjukkan wujud masalah penulisan dalam aspek kurikulum, perancangan PdP, pelaksanaan PdP, penguasaan bahasa, faktor individu, persekitaran dan pentaksiran. Hasil dapatan kajian pemerhatian menunjukkan wujud masalah penulisan dalam aspek perancangan PdP, pelaksanaan PdP, faktor individu dan persekitaran. Hasil dapatan analisis dokumen menunjukkan wujud masalah penulisan dalam aspek kurikulum, penguasaan bahasa dan pentaksiran. Walaupun peserta kajian murid terlibat bersama peserta guru dalam PdP tetapi aspek penguasaan bahasa menjadi masalah utama murid tahun 5. Tambahan pula hasil dapatan daripada senarai semak ibu bapa menunjukkan ibu bapa juga tidak memberi perhatian sepenuhnya dalam PdP penulisan Bahasa Tamil tahun lima. Proses triangulasi yang dijalankan mendapati pengumpulan data daripada tiga sumber, iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen menyepadukan hasil daripada tiga kaedah tersebut, iaitu data temu bual menyokong data pemerhatian dan seterusnya data analisis dokumen. Dapatan kajian bagi cara penyelesaian terdiri daripada kurikulum, perancangan PdP, penguasaan bahasa, faktor individu, persekitaran dan pentaksiran. Kesimpulannya, PdP dalam aspek penyelesaian masalah seperti penguasaan Bahasa dalam penulisan Bahasa Tamil tahun 5 di sekolah rendah khususnya di SJK (Tamil) harus diberi perhatian dan penekanan yang sewajarnya demi meningkatkan penguasaan bahasa dalam penulisan kertas Bahasa Tamil murid kategori sederhana dan lemah tahun 5 di SJK (Tamil). Implikasinya, Model ini dapat membantu guru-guru Bahasa Tamil yang mengajar kertas penulisan Bahasa Tamil tahun 5 di SJK (Tamil) sebagai panduan untuk mengajar kertas penulisan Bahasa Tamil. Selain, itu Model ini membantu guru dan murid supaya dapat menggunakan pendekatan yang sesuai seperti panduan menulis ayat, panduan menulis karangan cerita dan panduan menulis karangan semasa menjalankan PdP Bahasa Tamil tahun 5. Dengan menggunakan Model ini, guru dapat memantapkan aspek penulisan murid kategori sederhana dan lemah dalam kertas penulisan Bahasa Tamil di SJK (Tamil).</p> |
---|