Pembangunan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta
<p>Kajian ini bertujuan untuk membangunkan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta. Tujuan membangunkan panduan ini adalah untuk membantu dan memudahkan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran di TADIKA swasta. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8828 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan untuk membangunkan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta. Tujuan membangunkan panduan ini adalah untuk membantu dan memudahkan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran di TADIKA swasta. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Perkembangan Vygotsky, Model Penilaian KIPP Stufflebeam dan Model Pengajaran UPSI. Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan atau (DDR) telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan yang terakhir fasa penilaian. Sampel 60 pakar dipilih berdasarkan kriteria khusus seperti lebih dari lima (5) tahun pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bidang pengukuran serta pakar tidak mempunyai bias dengan pakar yang lain. Fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan membuat meta analisis menggunakan rujukan bahan dari kajian-kajian lepas dan menjalankan protokol temu bual bersama lima (5) orang guru TADIKA yang berpengalaman. Fasa kedua pula menggunakan Teknik Kumpulan Nominal. Fasa ini merupakan perbincangan awal bersama seramai 10 orang pakar dari bidang tertentu dan membincangkan mengenai elemen-elemen pentaksiran samaada perlu dikekalkan atau digugurkan. Seterusnya, fasa ketiga melibatkan seramai 40 orang pakar dari bidang tertentu untuk menilai kesesuaian elemen panduan tersebut. Penilaian tersebut berdasarkan perbincangan dan menjawab borang soal selidik yang diagihkan kepada semua pakar. Melalui fasa ini juga, panduan diberikan kepada lima (5) orang guru yang berpengalaman untuk melihat kebolehgunaan panduan tersebut. Sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis telah dilakukan untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan diukur menggunakan indeks ketekalan dalaman Alpha Cronbach yang menunjukkan nilai pekali yang tinggi iaitu =0.92. Hasil dapatan daripada fasa ketiga pula menunjukkan garis panduan telah dibangunkan melalui enam pecahan konstruk iaitu prosedur pemerhatian, prosedur pemarkahan, prosedur instrumen, prosedur menganalisis data, latihan dan kemahiran dan yang terakhir etika pentaksiran. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa garis panduan ini sesuai digunakan berdasarkan kepada kesepakatan pakar iaitu berada dalam julat antara 33.6 sehingga 37.4. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan pembangunan panduan ini telah disahkan oleh pakar dan sesuai digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pentaksiran. Implikasinya, garis panduan ini dapat membantu guru dalam melaksanakan pentaksiran dengan lebih sistematik dan berkesan.</p> |
---|