Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas: kajian kes di negeri Perak

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak. Pengkaji memilih reka bentuk kajian kes dengan menggunakan model Ibnu Khaldun sebagai teori asas mengenai peng...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Atikah Mohd Razali
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8833
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak. Pengkaji memilih reka bentuk kajian kes dengan menggunakan model Ibnu Khaldun sebagai teori asas mengenai pengajaran al-Quran yang menekankan tentang pengetahuan, kaedah pengajaran dan kemampuan pelajar. Seramai tiga guru pendidikan khas yang mengajar al-Quran kepada pelajar disleksia serta tiga pelajar disleksia dipilih sebagai peserta kajian daripada dua buah sekolah di negeri Perak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen ujian dan temu bual. Data temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil ujian menunjukkan penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia berada pada tahap sederhana lemah. Temu bual terhadap murid mendapati murid lebih cenderung meminati subjek yang mudah. Kaedah pengajaran guru yang disukai oleh pelajar disleksia tersebut adalah pengajaran yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang menarik, penulisan yang besar, dan pengajaran yang menyeronokkan. Tema yang muncul daripada temu bual pelajar adalah pengajaran yang mudah dan menyeronokkan. Dapatan kualitatif daripada temu bual guru pula menunjukkan beberapa tema yang muncul seperti pengetahuan tentang cara pembelajaran pelajar disleksia, penguasaan kaedah pengajaran al-Quran yang menggunakan teknik multi-sensori, serta teknik pengulangan yang perlu diamalkan oleh pelajar untuk meningkatkan penguasaan al-Quran. Dapatan ini menyokong model Ibnu Khaldun yang menekankan kepada pengetahuan dan kaedah pengajaran yang sesuai. Faktor lain yang mengekang penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia adalah faktor masa yang terhad untuk pelajar mempelajari al-Quran serta kekurangan sokongan ibu bapa di rumah. Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang disleksia, cara pengajaran menggunakan teknik multi-sensori, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik serta pengulangan adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia. Implikasinya, guru pendidikan khas perlu didedahkan dengan cara pengajaran al-Quran yang menggunakan multi-sensori dan pembinaan bahan bantu mengajar yang menarik supaya pelajar disleksia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mendalami al-Quran supaya kadar bilangan buta huruf al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia dapat dikurangkan.</p>