Faktor peramal amalan kelestarian pemprosesan makanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti di Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap amalan kelestarian pemprosesan makanan

(KPM), menganalisis sumbangan faktor peramal dari aspek pengetahuan, kesedaran,

sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rafidah Abu Nasir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8844
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap amalan kelestarian pemprosesan makanan

(KPM), menganalisis sumbangan faktor peramal dari aspek pengetahuan, kesedaran,

sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan norma peribadi terhadap

amalan KPM, serta melihat perbezaan amalan KPM dari aspek prasarana rumah

kedai berbanding kampus. Kerangka konseptual dibentuk berdasarkan Teori Tingkah

Laku Terancang, Model Sistem Perubahan Tingkah Laku, Model Peramal Tingkah

Laku Bertanggungjawab Alam Sekitar dan Model Tingkah Laku Pro-Alam Sekitar.

Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik

kelestarian pemprosesan makanan (i-KProM) yang telah disahkan kandungan oleh

lima orang pakar, serta telah diuji kesahan konstruk menggunakan analisis EFA

(Exploratory Analysis Factor) dan kebolehpercayaan, dengan nilai alfa Cronbach (=

0.93) telah digunakan sebagai alat kajian. Sejumlah 298 pelajar Kolej Komuniti

program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan daripada 808 pelajar telah

dipilih sebagai responden kajian dengan kaedah persampelan rawak berstrata.

Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan KPM dalam kalangan pelajar kolej

komuniti adalah kerap diamalkan (M=3.67, SP=0.54) dan analisis korelasi Pearson

mendapati, terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara pengetahuan,

(r(296)=.42, p<0.05), kesedaran, (r(296)=.34, p<0.05), sikap (r(296)=.43, p<0.05),

persepsi kawalan tingkah laku, (r(296)=.32, p<0.05) dan norma peribadi (r(296)=.30,

p<0.05) terhadap amalan KPM. Manakala terdapat hubungan signifikan yang rendah

bagi norma subjektif, (r(296)=.25, p<0.05) terhadap amalan KPM. Analisis regresi

berganda mendapati sikap (=0.345, t=3.611, p<0.05) dan pengetahuan (=0.319,

t=6.05, p<0.05) menyumbang 28 peratus varians terhadap amalan KPM (R2=0.28,

F(6,291)=18.91, p < 0.01). Seterusnya hasil ujian-t sampel bebas bagi amalan KPM

di antara prasarana rumah kedai (M=3.82, SP=0.51) menunjukkan perbezaan

signifikan yang rendah (t=6.92, df=296, p<0.01) berbanding kampus (M=3.40,

SP=0.43) iaitu pelajar di prasarana rumah kedai menunjukkan amalan KPM yang lebih

tinggi berbanding pelajar di prasarana kampus. Kesimpulan kajian ini menunjukkan

pengetahuan dan sikap boleh dijadikan elemen meningkatkan untuk amalan KPM

serta menambahbaikan kurikulum di kolej komuniti. Implikasi kajian ini telah

menghasilkan kerangka amalan KPM sebagai panduan kajian terhadap amalan KPM

di masa hadapan. Selain itu, institusi dalam bidang TVET terutamanya bidang

pemprosesan makanan disaran memberi perhatian terhadap peningkatan

pengetahuan dan sikap serta penyediaan prasarana yang menyumbang kepada

amalan KPM.