Amalan pembelajaran Ilmu Qiraat dan penguasaan Qiraat pelajar institusi tahfiz Al-Quran negeri Perak

Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT untuk membaca

al-Quran dengan pelbagai bentuk bacaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

amalan pembelajaran Ilmu Qiraat dan penguasaan bacaan Q...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8852 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT untuk membaca

al-Quran dengan pelbagai bentuk bacaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

amalan pembelajaran Ilmu Qiraat dan penguasaan bacaan Qiraat pelajar institusi tahfiz

al-Quran negeri Perak. Model pembelajaran Ilmu Qiraat al-Jazariyy digunakan dalam

kajian ini sebagai kerangka teoretikal. Kajian ini melibatkan responden seramai 260

pelajar sebagai sampel ujian yang mengikuti pembelajaran Ilmu Qiraat. Metod kajian

menggunakan kajian tinjauan yang menggabungkan kajian secara kuantitatif disokong

dengan kualitatif. Satu set soal selidik, ujian Tahriri dan Syafawi yang telah disahkan

kandungannya oleh lapan panel pakar perujuk telah digunakan untuk mengumpul data.

Data kajian soal selidik yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian SPSS

manakala bagi ujian Qiraat Tahriri dan Syafawi penyelidik menggunakan trangulasi

antara pemeriksa (inter-rater reliability). Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan

pembelajaran Ilmu Qiraat secara keseluruhan berada pada tahap sederhana tinggi

(min=3.88 sp=0.63). Bagi aspek asas Ilmu Qiraat dapatan menunjukkan berada dalam

tahap tinggi (min=4.23 sp=0.79). Sementara itu amali Ilmu Qiraat berada pada tahap

sederhana tinggi (min=3.89 sp=0.78) dan bahan bantu pembelajaran Ilmu Qiraat juga

berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.53 sp=0.85). Talaqqi, musyafahah dan

sanad berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.58 sp=0.81). Pengetahuan tentang

Imam Qiraat semuanya berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.75 sp=0.66).

Temubual yang dijalankan terhadap CEO ADDIN, Pengetua INTIM dan Pengetua

SMKA Kerian menunjukkan bahawa sukatan pembelajaran Ilmu Qiraat yang

digunakan merangkumi semua Qiraat Sabah. Kesimpulan kajian menunjukkan amalan

pembelajaran Ilmu Qiraat berada dalam tahap penguasaan yang tinggi. Ini

menunjukkan ciri-ciri amalan pembelajaran Ilmu Qiraat seperti asas Ilmu Qiraat, amali,

talaqqi dan musyafahah dapat dilaksanakan dengan berkesan di institusi tahfiz negeri

Perak. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa, usaha yang sistematik dan berterusan

dalam amalan pembelajaran Ilmu Qiraat perlu diteruskan bagi menjamin tahap

penguasaan bacaan Qiraat pelajar dan keaslian Ilmu Qiraat.